About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Saturday, October 16, 2010

Kita Muda Hanya Sekali


Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah beberapa lama kurang aktif 'ngeblog', Alhamdulillah diberikan kelapangan oleh Allah SWT untuk meneruskan hobi bermanfaat ini. Kelapangan ini adalah nikmat dari Allah SWT yang perlu diisi dengan Kehidupan. Ya, dengan perkara-perkara yang layak dinilai sebagai sebuah Kehidupan!

Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul, apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi Kehidupan kepada kamu..." (Al-Anfal 8: 24)

Ayat di atas merupakan ayat 'favourite' murabbi saya The Third. Ayat ini selalu diulang-ulang oleh beliau di dalam Halaqah. Agar kami segera 'teruja' untuk menyambut apa saja seruan Allah dan Rasul yang pasti memberi Kehidupan yang sangat bermakna. 

Monday, August 9, 2010

Perutusan Presiden IKRAM Bersempena Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah SWT yang telah menyempurnakan agama-Nya  melengkapkan nikmat-Nya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-Qiamah, Amin!

Tuesday, July 6, 2010

Mutiara dari Sang Murabbi... (Bhgn 1)


Saya menitiskan air mata lagi! Air mata keinsafan sekaligus kekaguman terhadap seorang manusia bernama Rahmat Abdullah. Seorang Murabbi juga Syeikh Tarbiyah di Indonesia sana!  

Setiap kali menonton filem Sang Murabbi, maka setiap kali itu juga saya merasakan siraman ruhani yang menyentap kealpaan dan membangkitkan cas tenaga untuk terus bergerak di jalan ini! Itulah Taujih Ruhiyah seorang Murabbi yang walau setelah ketiadaannya, dakwah dan aspirasinya masih mampu menembus ruang dan waktu! 

Di sini, ditulis kembali mutiara-mutiara bernilai yang disajikan untuk tatapan pembaca. Saya mengolah semula dalam Bahasa Melayu agar memudahkan kefahaman dan diusahakan agar tidak lari jauh dari makna asal, InsyaAllah... Semoga bermanfaat! 

Tuesday, June 29, 2010

Kerja Kolektif @ Amal Jama'i (Bhgn 2)


Malam ni Piala Dunia Paraguay lawan Jepun. Sebelum mula tadi semangat jugak la nak tengok. Siap masak "pancake" dan air teh O lagi. Kami bertiga di BF ni kalau nak tengok bola tu  memang lengkap dengan santapan ringan... ^_^

"Stream" bola pulak guna laptop aku. Pastu, sejak semalam laptop ni cepat panas je. Tetiba mati... tetiba mati... Jadi, utk sejukkan terpaksa aku terbalikkan kipas Umair dah letakkan laptop kat atas tu, hehe... Alhamdulillah ok.

Sunday, June 27, 2010

Kerja Kolektif @ Amal Jama'i (Bhgn 1)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang...


Hari ni hari Ahad. Takde apa-apa misi luar kawasan. Sepatutnya semalam dan hari ni ada program bersama ikhwah-ikhwah UPNM. Tapi, Allah SWT izinkan tak dapat dijalankan minggu ni.

Ceritanya begini: 

Minggu lepas, mereka dapat tahu akan diberi "weekend = cuti hujung minggu". Untuk pengetahuan pembaca, bagi budak-budak UPNM untuk mendapatkan "weekend" ni merupakan kurnia besar yang dianugerahkan kepada mereka. 

Thursday, June 24, 2010

Dulu Tanpa Nama... Kini sudah ada IKRAM...


"Dulu kapal selam, sekarang dah timbul jadi armada..."

Itulah analogi yang digunakan oleh Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia ketika majlis penerangan IKRAM Gombak beberapa bulan lepas.

Alhamdulillah, pada 20 Jun 2010  bersamaan 7 Rejab 1431 H, Pertubuhan IKRAM Malaysia  (IKRAM) telah berjaya dimasyhurkan secara rasminya di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), The Mines Seri Kembangan. Hari yang penuh bersejarah ini telah dihadiri oleh lebih 5000 ahli dan tetamu dari seluruh negara dan luar negara.

Sunday, May 30, 2010

Perjalanan Hidup...

Di petang Ahad yang tenang, bertempat di Baytul Fareed...

Hari ni ada satu je misi... Tu pun tengah tunggu informasi untuk ke sana... ^_^

Sambil tu tengah siapkan nota untuk salah satu projek aku... Hmmm... terjumpa lagu lama ni... Jom layan sambil bermuhasabah bersama...


Tuesday, May 25, 2010

Zero to SuperHERO

Tatkala dunia diancam kuasa KEGELAPAN
Apabila harapan diduga hampir TIADA
Dunia memerlukan seorang WIRA
Dan WIRA tersebut ialah....

chak..chakk..chaakk... (bunyi cicak)

Ermm...tapi, boleh harap ke WIRA kita kali ni..?!


Sunday, May 9, 2010

Jaulah Aqsa@Jabal Broga!

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang...

Apa khabar semua pembaca blog Coretan Karya jiwaku? Harapnya sihat wal afiat di samping tugas-tugas seharian. \(^__^)/

Rasanya dah lama tak menulis di blog ni... Entri sebelum ni pun sekadar 'copy & paste' lirik-lirik lagu orang je.... Alhamdulillah, kali ni dikurniakan kesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman berharga dalam Jaulah yang baru saja selesai semalam.

Ni poster program... Mantop kan?


Monday, April 26, 2010

We are The SOLDIERS!


You are a soldier
A rising sun
Wait for the heyday
Look far away
And believe in yourself
Your name’s on a shelf
A legend

Tuesday, April 6, 2010

Kepada Bakal Bidadari Syurga Duniaku...



Allahu Rabbul Izzati…
Jika Cinta kan menghampiri diri
Jangan biarkan Cinta kepada-Mu hilang di hati..
Perkenankanlah selalu untuk selalu mencintai-Mu..
Sepenuh hati dan Ketulusan diri

Sunday, March 21, 2010

Bila HATI mengadap TUHAN...


Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Wednesday, March 3, 2010

Like Four Seasons In One Day...


Four seasons in one day
Lying in the depths of your imagination
Worlds above and worlds below
The sun shines on the black clouds
hanging over the domain

Friday, February 26, 2010

Edisi 12 Rabiul Awwal: Hidayah Rasulullah SAW

'Doube Click' gambar untuk besarkan

Di makmal sekolah, para pelajar kelihatan tercengang-cengang. Masing-masing blur dan tidak pasti apakah yang hendak dibuat. Mereka baru pertama kali masuk ke dalam makmal, tiba-tiba diarahkan untuk mengendalikan sebuah eksperimen. Mereka dibekalkan dengan Panduan Modul Ekperimen yang lengkap, tapi masalahnya satu patah perkataanpun dalamnya tidak dapat difahami. Yang mana satu volumetric tank, 'V’ Weir Notch, overflow pipe? dan apa itu Bernoulli’s equation, frictional head loss dan ntah ape-ape lagi.


Friday, January 29, 2010

Just A Small Fry... I AM

"Life is all about getting noticed!"

Korang setuju ke dengan slogan kat atas ni? Betul tak kalau aku kata, kita hidup kat dunia ni supaya dikenali ramai? Jadi orang terkenal, dan pastu disebut-sebut khalayak?

1. Kita beli baju cantik2, pakai 'perfume' wangi2, sikat rambut segak2... bukan ke nak orang kata kita ni hensem? Cantik? Macho?


Thursday, January 7, 2010

Stand UP for THE CHAMPIONS!


I was built to be THE BEST
Number ONE and nothing less
Leave me to my destiny
I have waited patiently
I have vision' oh I BELIEVE
I know I can count ON ME

Friday, January 1, 2010

Di Pagi Jumaat... 1 Januari 2010

Sambutan Tahun Baru di Putrajaya

Malam tadi jam 11.30 malam, Auzan, Fadhil, WAWI dan Aku berada di dalam kereta selepas menghadiri satu 'misi' kat Putrajaya.

Kami tersekat dalam kesesakan lalulintas yang tiada taranya. Lebih kurang seratus meter dari Jambatan Wawasan, kelihatan pemandu sudah meninggalkan kereta mereka di tepi jalan, malah di tengah jalan pun ada (tu yang jem teruk).

Kelihatan orang ramai, tua muda, laki pompuan, bawa anak, isteri, awek dll kelihatan berbondong-bondong memenuhi kawasan tersebut. "Wah, ada sambutan tahun baru jugak ke kat sini?" tanya salah seorang daripada kami. (Dah tak ingat sapa).

Kami cuba memahami, apakah 'passion' diorang sampai sanggup bersesak-sesak di sini? Apa yang mereka dapat? Adakah hanya untuk menunggu jam berdetik pada pukul 12 tengah malam?

Kereta bergerak perlahan menghampiri jambatan, melihat orang ramai berpusat di atasnya memberikan andaian pada kami bahawa sesuatu akan berlaku di sini tepat jam 12 tgh malam. Detik-detik jam 12 sudah kian hampir. Auzan dengan semangat mengira saat bersejarah itu berpandukan jam kereta Fadhil. 5, 4, 3, 2, 1.

Dan tiba-tiba...

Keadaan sunyi sepi... Kami semua memandang ke langit, tiada kelihatan bunga api. Tiada pekikan Happy New Year. Tiada persembahan lampu warna warni. Dan TIADA APA PUN YANG BERLAKU!

Orang ramai nampak 'blur'. Kami lagi la 'blur'... Haha, semua orang 'blur'. Jadi, apa signifikannya orang-orang ramai ni berkumpul? Entah la... kereta kami terus meluncur ke Gombak, sambil kami terus membincangkan peristiwa itu.

Pagi Jumaat yang damai...

Aku secara sembarangan membuka mushaf Al-Quran. Allah Taala mentakdirkan aku membuka Surah ke-15, Al-Hijr. Aku membaca terjemahan ayat ke-32 hingga 50. Subhanallah, aku rasa menarik untuk dikongsikan dengan pembaca...

[15.32] Allah berfirman: "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?"

[15.33] Berkata Iblis: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk".

[15.34] Allah berfirman: "Keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk,

[15.35] dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat".

[15.36] Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan".

[15.37] Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,

[15.38] sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan"

[15.39] Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

[15.40] kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka".

[15.41] Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus; kewajiban Aku-lah (menjaganya).

[15.42] Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat.

[15.43] Dan sesungguhnya Jahanam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut setan) semuanya.

[15.44] Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.

[15.45] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).

[15.46] (Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman".

[15.47] Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.

[15.48] Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

[15.49] Kabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

[15.50] dan bahwa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.

p/s: Ada kaitan dengan peristiwa malam tadi atau tahun baru 2010 ni? Wallahu a'lam...

BaytulFareed
The 1st Entry for this New Decade.
The New HOPE Begin!

Related Posts with Thumbnails