About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Tuesday, May 25, 2010

Zero to SuperHERO

Tatkala dunia diancam kuasa KEGELAPAN
Apabila harapan diduga hampir TIADA
Dunia memerlukan seorang WIRA
Dan WIRA tersebut ialah....

chak..chakk..chaakk... (bunyi cicak)

Ermm...tapi, boleh harap ke WIRA kita kali ni..?!


Apapun lebih kurang begitulah promo filem-filem 'superHERO' yang sejak dulu lagi memenuhi pawagam di seluruh dunia. Hampir semua 'trailer'nya menggunakan skrip yang lebih kurang sama iaitu...

Tatkala dunia diancam kuasa KEGELAPAN...

Cerita-cerita SuperHERO yang Streotaip

The Phantom

Watak SuperHERO bertopeng yang pertama sekali dicipta adalah 'The Phantom', iaitu pada tahun 1936 oleh Lee Falk, seorang pelukis komik. Watak ini dipercayai menjadi pelopor kepada kewujudan Wira-wira Bertopeng dan Berkostum Ketat yang lain seperti Batman, Superman, Spiderman, Iron Man, Wonder Woman dan lain-lain yang 'famous' sehingga ke hari ini.

Di Jepun, watak 'superHERO' dikenali sebagai 'Tokusatsu'. Jika anda lahir pada tahun 80-an, watak-watak seperti 'Kamen Rider Black a.k.a Suria Perkasa Hitam', 'Ultraman Ace,' 'Gavan', 'Maskman', Flashman' dan saudara mara mereka semestinya tidak asing lagi.

Suria Perkasa Hitam

Alkisahnya, cerita akan dimulai dengan keadaan dunia yang terancam oleh Golongan Kegelapan yang ingin menakluki bumi ini. Huru-hara pun berlaku dan keamanan dunia tergugat. Saat kemusnahan bangsa manusia mungkin telah tiba...

Maka secara kebetulan, seorang manusia biasa 'teranugerahi' suatu kuasa yang mampu menghalang kuasa jahat tersebut. Maka bermulalah episod panjang penuh duka dan pahit maung pejuangan sang Wira!

Fitrah Manusia Perlukan SuperHERO?

Persoalannya adakah memang manusia ini fitrahnya memerlukan seseorang yang menjadi 'SuperHERO' bagi menyelamatkan mereka?

Jika ditanya kepada Fujiko F. Fujio (nama pena bagi Hiroshi Fujimoto), beliau mencipta watak Doraemon adalah bagi memberi harapan kepada dirinya sendiri (dijelmakan sebagai watak Nobita) yang sentiasa dibuli sewaktu kecilnya.

Doraemon

Saya telah menaip satu soalan kepada WikiAnswers.Com dengan soalan yang berbunyi:

Q: Why do we need superheroes in the society?

Agak memeranjatkan apabila jawapan yang diberikan mengaitkan idea kewujudan superHERO dengan kewujudan agama-agama di dunia ini.

1. because they give us someone to model ourselves after.

2. the image of a superhero we see somebody who is willing to sacrifice themselves in order to improve our lot.

3. A society without superheros is a society without hope, where the human condition inflicts despair and misery alone.

4. Every religion is based on this ideal, from Christianity to Buddhism to Islam; we follow the example of someone who sacrificed themselves for a greater cause, and in doing so we improve the lives of those around us.


Jawapan lengkap di SINI

Konsep 'SuperHERO' dalam Sistem Kerasulan


Ketika Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah-Nya di bumi ini, Dia telah berkehendakan agar Islam itu menjadi Ad Din atau sistem hidup mereka. Tatkala Adam AS diturunkan bersama Ibu Hawa ke bumi, Islam menjadi suatu cara hidup yang dianuti oleh keturunan mereka.

Setelah masa berlalu, manusia mulai meninggalkan ajaran Islam kerana terpengaruh oleh hasutan Iblis yang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia. Manusia kian jauh dari mengamalkan Ad-Din.

Hidup dikuasai hawa nafsu dan kepentingan individu. Mereka saling berbunuhan dan bermusuhan atas sebab yang remeh. Sistem ekonomi berdasarkan sistem penindasan yang menganiyai kaum yang lemah. Orang yang zalim berkuasa disebabkan kekuatan yang ada padanya...

Ketika harapan untuk umat manusia kian malap... maka di saat beginilah Allah SWT mengutuskan para Rasul-Nya dari kalangan manusia untuk me'reform' kehidupan manusia yang dikuasai 'the darkness of evils' kepada terang benderangnnya 'the light of justice'.

"Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata." (Al Jum'ah 62:2)

Siapa SuperHERO Kini?

Jika kita sudah mampu menerima Rasulullah SAW sebagai 'superHero" dan "penyelamat" umat manusia... Ada satu soalan yang perlu dijawab bersama...

Nabi Muhammad SAW sudah wafat dan tiada di dunia ini... Jadi siapakah yang akan menyelamatkan umat manusia yang tengah rosak dan nazak sekarang ini? Sedangkan Baginda SAW merupakan Rasul terakhir?

Firman Allah SWT:

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang "wasatha" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..." (Al-Baqarah 2:143)

Ibnu Katsir mentafsirkan "wasatha" sebagai "terbaik" dan "paling mulia".

Sambung Ibnu Katsir lagi:

"...Dia (Allah) telah mengurniakannya (umat Islam) undang-undang yang paling lengkap, Manhaj (Sistem) yang terbaik dan kaedah yang jelas..."

Firman Allah SWT lagi:

"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia..." (Al-Hajj 22:78)

Ayat di atas juga bermaksud yang sama iaitu Umat Islam sebagai "saksi" kepada manusia lain yang belum Islam.

Al-Maududi menjelaskan maksud Syahadah (Penyaksian) itu sebagai:

"Maksud Penyaksian yang diletakkan ke bahu kamu selepas ketiadaan Nabi Muhammad SAW ini ialah kamu menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kamu bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat."

Kesimpulannya, tanggungjawab menjadi "SuperHero" itu kini terbeban di bahu semua Umat Islam di muka bumi ini. Allah yang telah menetapkan begitu...

Jadi, bersediakan anda? Sedia atau tidak, bolos saje dinding itu!!! :D

Zero to SuperHERO!!!!

p/s: Inspirasi untuk tajuk ini didapati selepas penulis menyampaikan ceramah kepada para pelajar tingkatan 1 & 2 tentang kepentingan menjadi seorang pemimpin. Insyaallah, jika ada kesempatan kita akan berbincang macamana pulak nak jadi SuperHERO!!!

Wallahu a'lam...

BaytulFareed

5 comments:

Nuh Zuleffendi said...

best2......

MU'ALLIMAH said...

salam,
pernah dgr ade sorg ibu ni,didik anak2 die yg suke tgk citer2 katun superhero (biasela,budak2 mmg suke mengagungkan superhero deorg,hatta yg dewasa pn x kurg juge)

lalu si ibu ni kate, superhero org Islam adalah Allah, DIA lagi kuat, Maha Kuat. tp budak2 msti tanye, mane Allah? tak nampak pn, ibu pn jawab, superhero maha hebat hanya boleh dilihat oleh org2 yg hebat (hebat dengan amalan soleh,ibadat dll)bila dah mati kelak. lalu, anak itu termotivasi dirinya utk menjadi hamba Allah yg soleh.

bile kecik2 dh tertanam dgn tauhid yg tinggi pasti tumbesarannya bakal sarat dgn keyakinan & tawakkal yg tak berbelah bahagi kpd Allah subhanahu wata'ala. dan kemudian barulah pertolongan Allah turun kpd umat Islam sama spt yg berlaku d zmn rasulullah dan shbt.

wallahu'alam..sekadar berkongsi..^_^

satusoff said...

jom sama2 kita perbaiki diri dan persiapkan orang lain utk turut sama menjadi superHero umat..!!

zaini_jb said...

semua org Islam adalah daie ^^

mas syarep said...

akhi..ana menuntut agar nta buat buku la akhi..kt blog jer nta tulis..dh mcm buku best seller gitu..jd..tolong lah sambut rayuan ana ni..buat buku ya..lpstu dh lme skit..buat lirik lagu plak..lpstu dh power lg..buat skrip movie plak..

amcm??sanggup trima cabaran?

Related Posts with Thumbnails