About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Tuesday, April 6, 2010

Kepada Bakal Bidadari Syurga Duniaku...



Allahu Rabbul Izzati…
Jika Cinta kan menghampiri diri
Jangan biarkan Cinta kepada-Mu hilang di hati..
Perkenankanlah selalu untuk selalu mencintai-Mu..
Sepenuh hati dan Ketulusan diri

 
Allahu Rabbul Izzati…
Hanya kepada-Mu Cinta Hakiki
Cinta yang mengantarkan keindahan sesungguhnya…
Cinta dengan kebersihan jiwa hati..
Cinta untuk mendapatkan Keredhaan-Mu

Allahu Rabbul Izzati…
Cinta itu pasti kan datang menghampiri diri
Berikanlah Cinta kepada seorang insan mulia..
Yang di dalam dirinya selalu ada keinginan..
Keinginan dengan tujuan Keredhaan-Mu
Itulah Bidadari Syurga Dunia..

Bidadari Syurga Dunia..
Berhiaskan Iman dan Taqwa
Wajah indah berseri..
Kerana air wudhuk keseharian dirinya.

Bidadari Syurga Dunia..
Idaman semua wanita solehah
Cerminan seorang berhati mulia
Yang selalu terpatri dalam dirinya..

Bidadari Syurga Dunia..
Ada cahaya yang terpancar di wajah
Menerangi dunia dengan sinar yang menyilaukan
Kerana Kemulian dan Keindahan dirinya……

Bidadari Syurga Dunia..
Dengan rona merah di wajah
Dengan Senyum semanis madu
Yang selalu menghiasi kecantikannya…
Bidadari Syurga Dunia..

Akhlak muliamu perhiasan dunia
Ilmu sebagai jalan menuju syurga..
Dunia menjadi ladang akhirat bagi dirinya
Untuk mencapai Cinta Allah Taala…

Allahu Rabbul Izzati…
Dalam dunia yang merana…
Dunia yang nantinya kan binasa
Dunia kerakusan dan keserakahan manusia..
Dapatkah bertemu dengan dirinya?
Mencintai seorang Bidadari Syurga Dunia…
Mencintai kerana untuk mendapatkan Keredhaan-Mu

Allahumma Rabbanaa Aamiin….

"Hendaklah salah seorang dari kamu memiliki lisan yang berzikir, hati yang bersyukur, dan Isteri Mukminah yang membantunya bagi (meningkat & merealisasikan) keimanannya." (HR Tirmidzi)

Diolah secara bebas dari puisi "Ketika Cinta Menghampiri Diri" oleh Saudara Ahmad Wali Radhi.

p/s:- Hmm, kena banyak2 bersabar sekarang ni... kena jaga kesucian hati dan diri jugak la kalau nak bidadari yang macam tu..hehe... Jom JIHAD Allahu Akbar!! =)

BaytulFareed

1 comment:

marwan_amz said...

Penziarah-penziarah Baytul Fareed sentiasa mendoakan nta (dan seorang lagi) untuk cepat-cepat menghiasi rumah tangga antum....

Related Posts with Thumbnails