Tuesday, November 10, 2009

Once Upon A Time In Dakwah n Tarbiyah

Di malam selasa yang tenang. Rancang nak pegi 'jogging' kat Stadium. Tapi, Allah ingin memberikan rahmat kepada bumi ini dengan hujannya yang rintik-rintik...

Memandangkan plan tak jadi, aku pun mengodek-ngodek laptop dan berjumpa dengan gambar-gambar yang memang menggamit nostalgia betul la...terutamanya dengan para ikhwah...

Saje je aku 'upload'kan gambar-gambar yang 'the chosen' daripada sekian banyak gambar-gambar kami. Kebanyakan waktu aku mude-mude dulu. And suposely the most memorable ones.

Temanya adalah "Once Upon A Time In Dakwah n Tarbiyah"! Hehe...Ok layan...














Dan.. akhir sekali aku terjumpa gambar yang membuatkan aku tergelak sorang2. Hahaha...tak silap 2 tahun lepas di "White Board" BaytulFareed. Tarikh kawen ahlul Bayt waktu tu... Kononnya Azam la. Dan yang betul2 jadi hanya WAWI, Farouq dan Safwan. Aku dan Ajil, misi gagal hohoho...

Padahal aku 'just' tulis tarikh besday aku je kat situ... Bukan tarikh kawen pun...Haha, kan dah 'tertipah' semua orang!

p/s:- Hujan masih lagi rintik-rintik membasahi bumi. Harapnya kegersangan hati manusia pun kembali basah dengan Iman dan Islam pada malam ni.

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berfikir." (Yunus 10:24)

Wallahu a'lam.

BaytulFareed

Thursday, November 5, 2009

Edisi Hari Lahir: Dah 24 atau Baru 24?!


Dah 24 tahun.

Hari ni 5 November 2009, aku dah masuk 24 tahun. Walaupun agak lambat (bulan 11), tapi syukur kerana Allah berkenan memberikan 24 tahun kehidupan yang begitu bermakna ini.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang 'wish' kat aku samada melalui SMS, YM atau 'Facebook'. Terima kasih banyak-banyak kerana masih ingat kat aku nih.

Hai, dah 24 tahun! Cepat betul masa berlalu kan. Sedar tak sedar dah nak masuk Jubli Perak dah (25 tahun) tahun depan...

Di sini aku kutip SMS daripada salah seorang Murabbiku pagi tadi:

"Mg umur yg makin dewasa m'ajar anta erti kehidupan. Kehidupan sbg seorg muslim yg da'ie. Mati Dakwah, mati juga 'Kehidupan'. Slmt 24 tahun."

Jazakallah Murabbiku! Peringatan yang sangat bermakna buat aku!

Kecik-kecik dulu, budak-budak kampung panggil aku dengan panggilan "Da'ie" singkatan dari "Azraai". Waktu tu panggilan tu tak ada erti apa-apa kat aku. Tapi, sekarang panggilan itu sangat bermakna bagiku, malah satu anugerah agung jika dapat terus disebut begitu!

Soalan paling 'femes'

Mula Hari Raya lepas sampai sekarang ni, soalan Cepu Emas yang paling kerap dan tak larat nak jawab ialah tak lain tak bukan pasal KAWEN!

Kalau ziarah orang-orang tua kat kampung waktu raya tu, ada yang siap cakap macam ni lagi;

"Hai tak tau la Tuk ni (semua orang tua di kampung tu adalah nenek/datuk aku), dan (sempat) ka tak sampai kenduri hang tu..."

Adoi, tak boleh blah betul perang psikologi dia tu!

Mak aku pun dah mula terbuka untuk bincang pasal soal-soal hati ni. Dulu tak pernah pulak Si Anak Lelaki sorang ni dengan Ibundanya bercerita pasal benda-benda 'tersebut'.

"Umur dia ni, kalau kawen dah dapat anak dah!" Kata beliau ketika 'bermesyuarat' dengan para ibu-ibuku jiran sekampung. Hai, terasa macam dah tua sangat dah la pulak...Ishk...ishk...

Actually, dia ada berkenan dengan 'seorang' kawan aku ni! Tambah-tambah ada pulak yang tukang 'recommend'kan... Tapi, aku la pulak rasa orang yang di'recommend'kan tu hebat sangat! Mana padan dengan aku ni yang "tiada rupa tiada harta, harta sekadar basikal tua"? Hehe... teringat lirik lagu Sudirman la pulak.

Dan baru-baru ni aku dapat tahu 'orang' tu akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni! Alhamdulillah! Mabruk2x! Dengan orang yang mantop jugak! Mak aku sedikit 'frust'... Tapi jangan risau, aku dah pujuk dah... Don't worry Mom, Be Happy!

Hai, tak habis dengan tu... Sampai anak-anak sepupu aku pun dengan bersungguh-sungguhnya mendaftarkan calon masing-masing... Hai.... Apa nak jadi.... Sampai sekarang tak kawen lagii...! Haha, teringat lagu S.M Salim pulak.


Soalnya siapa?

Haa, ni 'part' paling 'crucial' dalam tulisan berani mati aku ni. Jawapannya ialah...kita sambung selepas iklan ini! Haha...lawak2x...

Ok, serius2x.

Entah lah aku pun tak tau sapa... Entah dah pernah jumpa atau belum. Bukan takda yang berkenan di hati. Ramai je yang hebat-hebat dan mantop-mantop! Tapi aku teringat pesan Mak aku. Ni kira standrd ISO dia la...

"Bila kita kawen, kita bukan setakat kawen dengan pasangan kita. Tapi kita jugak kawen dengan keluarga pasangan kita. Hang, kalau nak cari bini, carilah yang bukan setakat dapat terima hang, tapi dapat terima keluarga kita!"

Itulah nasihat beliau pada aku. Lama dah ni. Waktu tu tengah syura pasal pernikahan kak aku... Dua tahun lepas kalau tak salah... Pesanan ni akan aku pegang selamanya, Insyaallah!

Aku dan Kedewasaan

Dulu, ketika tingkatan 5 di sekolah menengah aku rasa sudah dewasa! Dah boleh berfikir secara matang dan rasional kononnya. Tapi, balik-balik banyak tindakan waktu itu mencerminkan kecetekan akal. Terima kasih banyak pada para guru, ustaz dan ustazah di SMKAB yang banyak membantu aku mengenali diri dan mewarnai kehidupan waktu itu. Jazakumullah khair jaza'.

Selepas habis sekolah, rasa dah matang jugak. Tapi, masih banyak kesalahan dan kesilapan yang yang ditempuh sepanjang perjalanan. Kegagalan dan kejayaan silih berganti. Terima kasih para Murabbiku yang senantiasa sabar dan teguh dalam mentarbiyah dan mendidik aku! Juga para ikhwah yang selalu di samping ketika susah dan senang! Tidak lupa rakan-rakan SMKAB yang masih erat persahabatan kita. Jazakumullah khair jaza'.

Di usia 24 tahun ini...

Aku masih belajar erti menghambakan diri kepada Allah SWT.

Aku masih menyelami erti dakwah dan tarbiyah yang sedang aku geluti.

Aku masih berusaha menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibubapa.

Aku masih belajar berperanan sebagai seorang adik/abang kepada kakak/adik.

Aku masih bertatih mentarbiyah dan mendidik mutarabi2ku.

Aku masih menanti siapakah 'insan' yang ditakdirkan menemani perjalanan hidup ini.

Aku masih menunggu bilakah saatnya diri ini akan dijemput mengadap-Nya!

"Alhamdulillah. Segala puja dan puji hanyalah kepada-Mu Ya Allah. Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan. Aku bersyukur kepada-Mu di atas segala kurnia yang telah Engkau berikan selama 24 tahun kehidupan ini! Atas anugerah Islam dan Iman. Juga atas perkenan-Mu memasukkan namaku dalam baris panjang orang-orang yang ingin membawa diri dan umat ini kepada-Mu!"

Wallahu a'lam...

p/s:- Sori kalau entri kali ni macam luahan perasan sikit. Mungkin inilah jiwa orang 24 tahun...hoho! Go! Go! Go!

BaytulFareed

Saturday, October 31, 2009

Sepagi yang 'Best' di Bukit Broga!

Jumaat, 10.30 malam, BaytulFareed:

Ajil dah semangat suruh tidur awal sebab esoknya (sabtu) nak daki Bukit Broga. "Eh, esok kita nak gerak pukul 4 pagi! Kena tidur awal." kata beliau dengan begitu teruja sekali.

"Oke2."Aku mengiakan sambil terus je kat depan laptop.

Lebih kurang 11.00 malam:

Usrah yang sepatutnya lepas Subuh esoknya, ditunda ke Ahad pagi. Alhamdulillah, nasib baik Zahid ingatkan... Hehe, 'exited' sampai terlupa pulak... (jangan mare ek!)

Fadil baru balik dari meeting QYC, seperti biasa dengan riuh rendahnya tatkala masuk BF. Ajil yang nak tido awal tadi pun tak jadi selepas kepulangan Fadil yang menceritakan perihal 'isu-isu umat Islam' di UIA.

Sambil-sambil tu, kami berbincang-bincang tentang 'route' ke Bukit Broga serta menghayati keindahan gambar2 dari internet.

Lebih kurang 12.30 tgh malam:

Tiba-tiba datang pulak ilham yang tidak disangka-sangka untuk menyiapkan satu 'project' aku yang dah lama terbengkalai. Bertemankan Sani yang tengah studi (kot?) di depan laptopnya, aku terus menaip dan terus menaip.

Ajil macam dah terlena. Fadil pun dah tutup lampu bilik pc. Nak tido dah... Aku masih lagi lagi menaip, sambil layan lagu-lagu dari album 'The Best of Yasin". Lagu2 'hits' Yasin yang diberi nafas dan ruh baru. Antaranya "Rindu Pada-Mu".

Lebih kurang 3.00 pagi:

Mata dah makin berat. Tapi idea makin banyak je... Eh, kena masuk tido dah ni. Pukul 4 dah nak gerak.

Baring, telentang, kiri, kanan, meniarap... Argh, takleh tido pulak!

4.00 pagi:

Bangun, mandi dan bersiap2. Hujan turun renyai-renyai...

4.30 pagi:

Ajil, Fadil dan aku di atas kereta untuk bergerak ke Bukit Broga, Semenyih. Dah masuk 'area' Negeri 9 rasanya. Aku menggunakan kesempatan baik itu untuk tido kat belakang.

5.30 pagi:

Tiba di Masjid Raja Muda Musa. Hujan masih lagi renyai-renyai.

15 minit kemudian, azan solat Subuh berkumandang. Kami pun masuk untuk solat Subuh berjemaah. Imam baca surah 'Abasa. Sedap jugak.

6.30 pagi:

Kami tiba di kaki Bukit Broga. Gelap gelita lagi. Tapi, kenderaan-kenderaan pendaki lain dah banyak kat situ. Ramainya 'chinese' - tua, muda, dan budak2. Keluarga dan rakan-rakan.

Pendakian pun bermula...

Mula-mula pendakian melalui kawasan kelapa sawit. Kecerunan bermula dengan 20, 30 darjah. Kemudian, di kawasan hutan mula naik kepada 45 darjah.

Dari segi cabaran, permulaan ni memang tak sebanding dengan Bukit Tabur yang awal-awal lagi dah 50-70 darjah. Cuma hujan rintik-rintik dan kabus tebal yang agak menyukarkan pandangan. Ditambah kegelapan pagi yang buta... (betui ka tatabahasa?)

Setelah menghampiri puncak yang pertama (dari 5 puncak) kelihatan lalang-lalang gajah(?) makin meninggi. Kalau pakai lengan pendek boleh miang tu, terkena lalang.

Tiba di Puncak2 Bukit Broga...

Subhanallah! Subhanallah! Itulah sahaja gambaran yang terbit bagi menceritakan perasaan dan pemandangan di atas Bukit Broga. Mari kita lihat keindahan dan kehebatan ciptaan Allah SWT ini...












Kira-kira pukul 7.30 pagi kami di puncak yang ke-5, iaitu puncak yang terakhir. Kami mula turun kira-kira pukul 8.15 pagi.

Kesimpulannya, pendakian kali ini sangat 'Best'! Cuma kalau nak dibandingkan dengan Gunung Nuang atau Bukit Tabur memang la Bukit Broga ni tahap 'warm-up' je. Cuma dekat 'last-last' je ada yang kecerunannya dalam 70 darjah. Tu pun tak lama sangat. Insyaallah sapa2 yang berminat bolehla cuba.

Sekian, terima kasih Allah!

"Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (Ar-Ra'd 13:3)

BaytulFareed

Thursday, October 29, 2009

Rindu Pada Mu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu

Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua dengan Mu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau Kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..."
(Al-Baqarah 2:165)


Lagu: Rindu PadaMu
Nyanyian: Yasin

BaytulFareed