About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Saturday, October 16, 2010

Kita Muda Hanya Sekali


Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah beberapa lama kurang aktif 'ngeblog', Alhamdulillah diberikan kelapangan oleh Allah SWT untuk meneruskan hobi bermanfaat ini. Kelapangan ini adalah nikmat dari Allah SWT yang perlu diisi dengan Kehidupan. Ya, dengan perkara-perkara yang layak dinilai sebagai sebuah Kehidupan!

Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul, apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi Kehidupan kepada kamu..." (Al-Anfal 8: 24)

Ayat di atas merupakan ayat 'favourite' murabbi saya The Third. Ayat ini selalu diulang-ulang oleh beliau di dalam Halaqah. Agar kami segera 'teruja' untuk menyambut apa saja seruan Allah dan Rasul yang pasti memberi Kehidupan yang sangat bermakna. 

Kita Orang Muda

Saya orang muda. Baru 24 tahun 11 bulan (ketika entri ditulis). 

Pada usia yang sama (24), Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah pun membuka Konstantinopel. Lebih dari itu, Usamah bin Zaid RA pada usia 20 tahun dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai General dalam Ekspedisi ke Syam untuk berperang dengan tentera Rom.

Al-Arqam Abi Arqam RA dari Bani Makhzum, baru berusia 16 tahun ketika rumah beliau digunakan oleh Rasulullah SAW sebagai markaz penyebaran Islam. 

Lebih mengkagumkan, Saidina Ali bin Abi Tolib RA  yang baru 10 tahun, mampu membuat keputusan yang tegas untuk memeluk Islam, sedangkan bapanya sendiri Abu Tolib yang dewasa tidak mampu membuat keputusan sehingga akhir hayatnya.

Saya pulak? Baru merangkak-rangkak untuk mencontohi mereka, Generasi Al-Quran yang Unik ini. 

Islam Prihatin pada Orang Muda

Rasulullah SAW bersabda:

"7 golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tiada perlindungan kecuali lindungan-Nya:  (No.2) Pemuda yang hidup dengan menghambakan dirinya kepada Allah." (HR Bukhari Muslim)

"Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara: (No.3) Masa Lapang sebelum Masa Sibukmu dan (No.4) Masa Muda sebelum Masa Tuamu." (HR Al-Hakim)

"Tidak melangkah seorang hamba pada Hari Kiamat kelak, sehingga dia ditanya Umurnya, ke mana dihabiskannya, Masa Mudanya bagaimana dipergunakannya..." (HR Tirmidzi)

Dalam Al-Quran Allah SWT menceritakan kisah sekumpulan Orang Muda yang istimewa, Ashabul Kahfi:

"Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Al-Kahfi 18: 13)

Kita Muda Hanya Sekali

Hari ini ramai orang yang suka menuakan diri sebelum tiba masanya. Mungkin dari segi fizikalnya masih muda. Tapi semangat juang, daya fikir, kreativiti dan idealisme nya lemah tak bermaya. Kendur dan mudah menyerah... 

Kita ada fizikal yang kuat. Badan masih sihat untuk bergerak ke sana dan ke sini. Mengapa kita hanya membungkam sahaja di dalam bilik atau di atas katil? Seakan-akan orang tua yang menunggu ajal saja?

Malulah kepada Abu Ayyub Al-Ansori RA di usia 80 tahun, bingkas bangun menyandang senjata ketika seruan Jihad dikumandangkan. Seruan tersebut bukannya untuk pergi melancong. Tapi, seruan untuk mengharungi Lautan Yunani lalu bertembung dengan tentera Empayar Romawi!

Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (At-Taubah 9: 38)

Kita punya masa yang banyak, lebih-lebih bagi yang belum berkahwin dan beranak. Mengapa tidak kau labur masa-masa lapangmu itu di jalan Allah SWT? 

Semoga di hadapan Allah nanti, kita dengan tenang mampu menjawab:

"Ya Rabb, Kau lebih tahu berapa banyak masa telah kuhabiskan untuk agama-Mu! Aku tinggalkan kenikmatan berpoya-poya dan bersuka ria bersama rakan-rakan seusia demi-Mu Ya Allah! Kau terimalah pelaburan aku ini!"

Ayuhlah rakan-rakanku Orang Muda! Kau adalah Cahaya di Wajah Umat ini, yang akan menyuluh  manusia yang teraba-raba di dalam kepekatan Jahiliyyah kepada terang benderangnya mentari Islam!

"Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya) kemudian dia Kami hidupkan  (dengan Hidayah) dan Kami berikan kepadanya cahaya (Iman) yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan." (Al-An'am 6: 122)

Wallahu a'lam...

BaytulFareed
(Sambil layan lagu Alhamdulillah Opick ft. Amanda)

5 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

MasyaAllah. rasa terpana dgn kata2 murabbi. sungguh bermanfaat!

Muhammad Hussaini Khairudin said...

Kita hidup hanya sekali

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

Jazakallah atas peringatan yang bermanfaat. Membuatkan ana semakin sayang kepada peluang untuk 'bermuda' yang hanya sekali ini.

anak soleh said...

terima kasih wahai Murabbi-ku! penulisan abg sgt bermakna! =)

Hope Full said...

salamun'alaik..

sebanyak manapun amalan,pengorbanan,atau masa yg telah diinfakkan utk kerja Islam tidak lain semuanya hanya kerana tuntutan kita sebagai hamba DIA semata-mata. Ganjaran yg mungkin bakal diperoleh adalah kerana rahmat dari-NYA jua.

Related Posts with Thumbnails