About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Tuesday, June 29, 2010

Kerja Kolektif @ Amal Jama'i (Bhgn 2)


Malam ni Piala Dunia Paraguay lawan Jepun. Sebelum mula tadi semangat jugak la nak tengok. Siap masak "pancake" dan air teh O lagi. Kami bertiga di BF ni kalau nak tengok bola tu  memang lengkap dengan santapan ringan... ^_^

"Stream" bola pulak guna laptop aku. Pastu, sejak semalam laptop ni cepat panas je. Tetiba mati... tetiba mati... Jadi, utk sejukkan terpaksa aku terbalikkan kipas Umair dah letakkan laptop kat atas tu, hehe... Alhamdulillah ok.

Masuk separuh masa pertama, takda gol (0-0). Umair dah bosan, lalu masuk ke bilik belakang (siapkan projek ape tah dia)... Fadil pun masuk bilik depan, mula main dengan laptop dia... tinggal aku sorang2...

Hmmm, aku pun buka blog ni dan mula menaip untuk update entri baru... (Match masih berlangsung, kami just dengar suara je....Dengar sorakan tu jengok jap, kalau2 gol...)

Kewajipan Amal Jama'i dalam Dakwah:

Dalam entri terdahulu, kita telah bincangkan secara ringkas kepentingan beramal secara kolektif. Antaranya adalah dalil fitrah manusia yang perlu bersosial dan melakukan kerja secara berkumpulan. Juga dijelaskan dalil-dalil daripada Al-Quran tentangnya.

  

Baiklah, kali ini kita lihat bagaimana arahan secara langsung daripada Allah SWT tentang kewajipan beramal Jama'i. Firman Allah SWT:

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf 12: 108)

Kalimah "Aku dan orang-orang yang mengikutiku" itu merujuk kepada diri Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Juga secara jelas mengisyaratkan wujudnya Jama'ah atau Amal Jama'i yang dijalankan dalam dakwah Rasulullah SAW kepada umatnya.

Dalam Firman Allah SWT yang lain:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (As-Soff 61: 4)

"Orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur" jelas menunjukkan suatu susunan organisasi (Tanzim) semasa peperangan. Said bin Jubair RA berkata: Sebelum Rasulullah SAW memulakan perang dengan musuh, Baginda suka mengaturkan tenteranya dalam barisan yang tersusun."    

Muqatil bin Hayyan mentafsirkan "seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh" sebagai: Mereka dihubungkan antara satu sama lain dengan teguh!

Ya, hubungan antara barisan umat Islam yang ingin berjuang untuk menegakkan Ad-Din ini bukan hubungan yang biasa-biasa... Bukan sekadar hubungan diplomasi atau kerjasama, tapi hubungan berdasarkan kesatuan Akidah, Fikrah dan Amal. Itulah Amal Jama'i yang perlu diwujudkan! 

Musuh Islam juga Terorganisasi & Beramal Kolektif:


Lihatlah bagaimana musuh-musuh Islam (Amerika, Israel, Freemanson, Zionis dll) hari ini bersatu dan saling mendokong antara satu sama lain dalam memusuhi Islam. Firman Allah SWT:

"Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain.  Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, necaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar." (Al-Anfal 8: 73)

Menurut Syeikh Jum'ah Amin: "Tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu" bermaksud:

"Jika kamu tidak bersatu dan saling bantu-membantu nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi. Sememangnya tiada kerosakan yang lebih besar apabila kckuatan kufur bersatu manakala kekuatan Islam berpecah-belah."

Menurut Kaedah Fiqh:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
"Sesuatu yang tidak sempurna pelaksanaan sebuah kewajipan kecuali dengannya, maka ia adalah wajib!"

Contoh biasa yang digunakan adalah mengambil wudhu' untuk bersolat:

Saya ingin solat zohor yang hukumnya wajib. Tapi, syarat sah solat adalah dikerjakan dalam keadaan berwudhuk. Jadi, kerana solat zohor saya tidak sah kecuali mengambil wudhuk terlebih dahulu, maka berwudhuk ini menjadi wajib kepada saya! Boleh faham?

Kaitan dengan Amal Jama'i:

Berdakwah dan berjuang menegakkan Islam itu wajib kan? Dan perjuangan ini tak sempurna selagi mana Umat Islam tidak beramal secara kolektif (Amal Jama'i) dan tersusun (Tanzimi). Maka, hukum Amal Jama'i dan berada dalam Organisasi yang tersusun itu juga menjadi wajib. Ok, boleh terima? ^_^ 

Jangan risau, penyataan ini boleh didiskusikan dengan lebih lanjut. 


Baiklah, setakat ini dulu untuk kali ni. InsyaAllah, jika diberi kesempatan oleh Allah kita akan berbincang lagi tentang Amal Jama'i. Jazakallah pada yang membaca, semoga digerakkan dengan amal.

Wallahu a'lam...

BaytulFareed
p/s:- Jepun kalah dengan Paraguay (ditentukan dengan penalti)

2 comments:

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

jazakallah akhi kerana perkongsian! namun ana tak phm makna 'al-alaaj' dalam gambar hero2 marvel tu. mohon penjelasan. :p jazakalah.

Azraai Ahmad said...

Al-'Ilaaj = The Cure;

Related Posts with Thumbnails