About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Friday, January 29, 2010

Just A Small Fry... I AM

"Life is all about getting noticed!"

Korang setuju ke dengan slogan kat atas ni? Betul tak kalau aku kata, kita hidup kat dunia ni supaya dikenali ramai? Jadi orang terkenal, dan pastu disebut-sebut khalayak?

1. Kita beli baju cantik2, pakai 'perfume' wangi2, sikat rambut segak2... bukan ke nak orang kata kita ni hensem? Cantik? Macho?


2. Kita 'outspoken' dalam kelas/meeting, bagi cadangan yang gempak2, buat keja gila2, semua tu bukan ke supaya kita dikenali sebagai seorang yang bersemangat dan kuat berkerja??

3. Kita baik dengan semua orang, jaga hati semua orang, selalu tanya jika kawan2 ada sebarang masalah. Bukan ke semua tu agar kita dipuji sebagai seorang yang baik hati dan peramah?

4. Kita hasilkan karya yang hebat2, "master piece", bukan ke supaya orang kagum dan tahu bahawa kita ni bukan sebarangan orang, tapi jaguh dalam suatu2 bidang!

Kalau nak disenaraikan, terlampau banyak perlakuan kita ni yang tak lain tak bukan nakkan perhatian dan tumpuan orang.

Kenapa ye, manusia ni suke bila namanya disebut2, dipuji2, disanjung2 dan dikenal ramai?

Entahlah, mungkin dah fitrah manusia camtu kot?

Ada ke orang yang tak nak dikatakan hensem/cantik? Atau tak suka jika dipuji sebagai seorang yang rajin, pandai dan baik hati? Ada ke?

Takutkan Kemasyhuran:

Dr Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya "Fit-Thariq Ilallah: An-Niyah wal Ikhlas" meletakkan sifat pertama bagi seorang yang ikhlas adalah Takutkan Kemasyhuran!

Ramai orang boleh zuhud dengan harta dunia, syahwat perut dan kemaluan, tapi sangat kurang orang yang mampu zuhud dengan kemasyhuran.

Imam Ibnu Syihab Az-Zuhri mengatakan:

"Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit daripada zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi."

Ayyub As-Sakhtiyani berkata:

"Seseorang tidak berniat secara benar kerana Allah kecuali jika dia suka tidak merasakan kedudukannya."

Khalid bin Mi'dan adalah seorang 'abid yang tsiqah. Jika semakin ramai orang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi kerana takut dirinya menjadi terkenal.

Salim bin Handzalah menceritakan:

“Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di belakang Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar RA melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”

Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, "Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah kau lakukan?" Jawab Umar, "Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yangg mengikuti dan ujian bg yg diikuti."

Begitulah perhatian Umar bin Al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang pada mulanya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap jiwa orang-orang yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti.

Diriwayatkan daripada Al-Hasan, beliau berkata:

"Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: "Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku."

Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata:

"Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah."

So, kena beruzlah ke ni? Supaya tak dikenali orang...

Bukan begitu maksud atsar-atsar di atas. Malah, sumber cerita2 ini adalah mereka yang terkenal sebagai para Imam dan Da'i di jalan Allah SWT.

Penulis buku ini, Dr Yusuf Al-Qardawi sendiri merupakan seorang tokoh ulama' kontemporari yang kedatangannya ke Malaysia baru-baru ini disambut ribuan umat.

Apa yang ingin diingatkan di sini adalah kesedaran ruh, kebangkitan jiwa, dan kewaspadaan diri terhadap penyelusupan bisikan syaitan yang ingin menyesatkan anak-anak Adam.

Supaya tidak mudah alpa dengan kemayshuran dan sanjungan manusia terhadap kita. Kerana semakin 'famous' kita di kalangan manusia, semakin luas terbuka pintu kemegahan, kebanggaan dan kekaguman terhadap diri sendiri.

Malah, kekaguman ini bukan menyerang orang-orang biasa... yang menjadi tumpuan utama adalah para duat di jalan Allah!

"Sebut je nama kau, sape tak kenal? Super Murabbi, dengan anak buah yang berdozen2. Semuanya beranak pinak pulak tu!"


"Hmm, atas usaha keras kau lah dakwah ini semakin lama semakin kuat, gagah! Tengoklah mad'u-mad'u yang ramai tuh!!!"

"Tarbiyah kita ni dah mantap dah! Program-program kita lebih 'basah' dan 'ruhi'. Tak lagi 'kering' macam dulu. Semua ni hasil perancangan dan strategi awak la ni..."


Astaghfirullahal 'azhim..! Kita bermohon pada Allah SWT agar mengampunkan segala silap dan kesalahan hati kita semua.

Just A SMALL FRY...WE ARE!

Kita mungkin rasa kita dah terlalu hebat dan mantap kat tempat kita. Kitalah orang yang paling keras bekerja untuk dakwah dan tarbiyah ini. Kitalah yang paling alim dan tawadhu'...

Bro, you just a small fry in this world!

Masih ramai du'at dan murabbi yang bekerja lebih kuat daripada kita. Lebih ramai yang alim dan tawadhu'. Lebih ramai yang jiwa dan raganya tidak pernah kosong daripada mikirin masalah umat! Lebih ramai lagi, bro... Lebih ramai...

Apa sih nak dibanggakan dengan dirimu sendiri? Jika orang ramai mengetahui keadaanmu di waktu engkau bersendirian... di waktu pintu bilikmu tertutup... siapalah dirimu ketika itu...??? Tiada harganya, bro!

So, you are just a SMALL FRY... Nothing less...

Wallahu a'lam...

BaytulFareed

4 comments:

zahidzuhri said...

astaghfirullah...moga kita tak tergolong dalam golongan yang lupa diri...

MS Rizal said...

Suka sih artikelnya...Bagus bangat!!!

Achix said...

"Ada ke orang yang tak nak dikatakan hensem/cantik? Atau tak suka jika dipuji sebagai seorang yang rajin, pandai dan baik hati? Ada ke?"

Ada ada!

fadil said...

kalau kita fikir hebat pun,ada org yang lebih hebat dari kita.

masalahnya,kita masih belum jumpa lagi jer orang camtu..

so jgn stop utk perbaiki diri,dan rasa sudah bagus.

Related Posts with Thumbnails