About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Thursday, June 24, 2010

Dulu Tanpa Nama... Kini sudah ada IKRAM...


"Dulu kapal selam, sekarang dah timbul jadi armada..."

Itulah analogi yang digunakan oleh Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia ketika majlis penerangan IKRAM Gombak beberapa bulan lepas.

Alhamdulillah, pada 20 Jun 2010  bersamaan 7 Rejab 1431 H, Pertubuhan IKRAM Malaysia  (IKRAM) telah berjaya dimasyhurkan secara rasminya di Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC), The Mines Seri Kembangan. Hari yang penuh bersejarah ini telah dihadiri oleh lebih 5000 ahli dan tetamu dari seluruh negara dan luar negara.

Subhanallah, saya melihat permandangan yang indah dan luar biasa dalam perhimpunan ini. Wajah-wajah veteran berbaur dengan wajah-wajah muda mudi. Hikmah dan Hamasah (semangat) jelas terpancar di setiap sudut dewan. Tidak luput juga kehangatan Ukhuwah para hadirin benar-benar dirasai  kerana ia jelas terzahir pada wajah-wajah ceria mereka tatkala bertemu.


Tepat dengan Motto IKRAM: "Ukhuwah Teras Kegemilangan."

 Bukan Gerakan Baru.

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Ini rangkap pertama dari lagu IKRAM. Ia jelas menceritakan: walaupun IKRAM adalah nama baru dalam persada Dakwah di Malaysia, namun ia bukanlah sebuah NGO yang baru nak bertatih. IKRAM adalah sebuah gerakan Islam telah lama bertapak di negara ini cuma ia berada di dalam mihwar (orbit) yang belum memungkinkannya bergerak secara massa.

Memetik ucapan Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad, Presiden IKRAM:

 "Wahana IKRAM ini, dengan izin Allah SWT akan membawa kita keluar ke suatu suasana baru. Kemunculannya menjadikan kita berada di medan terbuka, berada di mihwar ijtima'i wa sha'bi, yakni tahap bersama-sama massa, masyarakat dan rakyat..."

 Kenangan dulu-dulu, waktu TANPA NAMA...

 "Akhi, usrah kita ni bawah ape ye?" Soal salah seorang mutarabbi saya. Ataupun, soalan yang tidak kurang femesnya, "Kita ni Jemaah ape bang?"
 
Soalan-soalan ini pernah menghantui saya suatu masa dahulu. Jalan keluar yang paling selamat ialah dengan menjawab bahawa ketika ini, umat Islam sangat lemah dan perlu ditegakkan semula kemegahannya. Oleh itu, kita mewikili salah satu kelompok (dari yang banyak) berusaha untuk menyumbang kepada kebangkitan itu!

Ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Oleh itu, saya sering dilabel dengan pelbagai nama. Paling ramai anggap saya ni JIM@KARISMA. Hehe, hampir tepat kerana saya selalu berprogram bersama-sama ikhwah JIM@KARISMA, bahkan ia merupakan NGO yang saya kagumi. Namun, perlu diketahui bahawa saya bukan ahli JIM@KARISMA dan tidak pernah mendaftar sebagai ahli... ^_^

Namun, jika sekarang anda bertanya tentang Jemaah, saya dengan senang hati menjawab (tanpa kona2 lagi)  bahawa saya adalah ahli IKRAM. Nombor ahli IM 1883

Cabaran-cabaran yang mendatang


Memetik ucapan Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad, Presiden IKRAM:
 
"Penubuhan IKRAM membawa pengertian kemunculan satu gerakan Islam yang serius, bersungguh-sungguh untuk membawa Islam kembali mewarnai perjalanan negara dan dunia. IKRAM bertekad untuk melaksanakan misi Islam yang sempurna sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW."

Ini sebuah agenda agung yang memerlukan sebuah perjuangan yang tidak kenal henti. Malah, yang paling penting adalah keberkahan dan bantuan dari Allah SWT. Bantuan ini pula amat bergantung kepada sejauh mana komitmen dan keikhlasan para pejuang:

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut 29:69)

Apabila dakwah mula melebar ke masyarakat dan program-program mula berskala besar, akan timbul cabaran dalam menghidupkan suasana Tarbawi dan Rabbani. Dalam kesibukan berprogram dakwah umum, yang grand, masihkah kita mahu ke usrah yang tak glamour? Masih sempatkah tilawah Al-Quran harian? Qiam? Daurah? Masihkan mahu Tarbiyah?

Juga bagaimana dengan prinsip kita Islamiyah Qabla Jamaah (Islam dulu sebelum Jemaah)? Dalam keghairahan mempromosikan IKRAM, kita melebihkannya lebih daripada Islam sendiri? Adakah mutarabbi kita akan dimomokkan dengan IKRAM melebihi Islam?   

Kita memohon rahmat dan hidayahnya kepada Jemaah ini. Semoga IKRAM menjadi pelopor kepada perubahan Islami yang kita idam-idamkan di Malaysia ini... InsyaAllah!

Wallahu a'lam
BaytulFareed

9 comments:

Abu Khalid said...

Ana lupa no keahlian ana... Ya pasti 1000 lebih la... hoho

Macamana nak check balik ni

zaini_jb said...

Namun, jika sekarang anda bertanya tentang Jemaah, saya dengan senang hati menjawab (tanpa kona2 lagi) bahawa saya adalah ahli IKRAM. Nombor ahli IM 1883!

:)

marwan_amz said...

Owh, kiranya, encik Azraai ni bukan orang JIM@Karisma la ek? (hehe)....

Azraai Ahmad said...

Husaini~ble check no ahli kat surat keahlian yg dihantar pd nta...

zaini_jb~so, dah dpt ke jwpnnya? hehe

marwan~saya org ISLAM!(^_^)v

satusoff said...

betul tu..
ana muslim wa antum muslimun
"ikram wadah perjuangan"
dan kita berjuang untuk islam
:)

marwan_amz said...

selingan: Teringat masa ada seorang Budak DQ tanya kepada Faisal Tehrani (jikalau anda kenal dengan kontroversinya) samada dier ni sunni or syiah, dengan selamba FT menjawab, "Ana Islam, enta?"...........

satusoff said...

Wah mantap2.. That's the answer. Allahu akbar!!

Kalam Bicara said...

Tahniah saudara-saudaraku , bahu membahulah membangun dakwah... menyeru yang makruf & mencegah mungkar......

Anonymous said...

harap2 ahli IKRAM x sekadar berdakwah dgn ahli2 yg join IKRAM jelah ye..sbb tu realiti skrg ni.Islam untuk semua.

Related Posts with Thumbnails