About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Saturday, October 31, 2009

Sepagi yang 'Best' di Bukit Broga!

Jumaat, 10.30 malam, BaytulFareed:

Ajil dah semangat suruh tidur awal sebab esoknya (sabtu) nak daki Bukit Broga. "Eh, esok kita nak gerak pukul 4 pagi! Kena tidur awal." kata beliau dengan begitu teruja sekali.

"Oke2."Aku mengiakan sambil terus je kat depan laptop.

Lebih kurang 11.00 malam:

Usrah yang sepatutnya lepas Subuh esoknya, ditunda ke Ahad pagi. Alhamdulillah, nasib baik Zahid ingatkan... Hehe, 'exited' sampai terlupa pulak... (jangan mare ek!)

Fadil baru balik dari meeting QYC, seperti biasa dengan riuh rendahnya tatkala masuk BF. Ajil yang nak tido awal tadi pun tak jadi selepas kepulangan Fadil yang menceritakan perihal 'isu-isu umat Islam' di UIA.

Sambil-sambil tu, kami berbincang-bincang tentang 'route' ke Bukit Broga serta menghayati keindahan gambar2 dari internet.

Lebih kurang 12.30 tgh malam:

Tiba-tiba datang pulak ilham yang tidak disangka-sangka untuk menyiapkan satu 'project' aku yang dah lama terbengkalai. Bertemankan Sani yang tengah studi (kot?) di depan laptopnya, aku terus menaip dan terus menaip.

Ajil macam dah terlena. Fadil pun dah tutup lampu bilik pc. Nak tido dah... Aku masih lagi lagi menaip, sambil layan lagu-lagu dari album 'The Best of Yasin". Lagu2 'hits' Yasin yang diberi nafas dan ruh baru. Antaranya "Rindu Pada-Mu".

Lebih kurang 3.00 pagi:

Mata dah makin berat. Tapi idea makin banyak je... Eh, kena masuk tido dah ni. Pukul 4 dah nak gerak.

Baring, telentang, kiri, kanan, meniarap... Argh, takleh tido pulak!

4.00 pagi:

Bangun, mandi dan bersiap2. Hujan turun renyai-renyai...

4.30 pagi:

Ajil, Fadil dan aku di atas kereta untuk bergerak ke Bukit Broga, Semenyih. Dah masuk 'area' Negeri 9 rasanya. Aku menggunakan kesempatan baik itu untuk tido kat belakang.

5.30 pagi:

Tiba di Masjid Raja Muda Musa. Hujan masih lagi renyai-renyai.

15 minit kemudian, azan solat Subuh berkumandang. Kami pun masuk untuk solat Subuh berjemaah. Imam baca surah 'Abasa. Sedap jugak.

6.30 pagi:

Kami tiba di kaki Bukit Broga. Gelap gelita lagi. Tapi, kenderaan-kenderaan pendaki lain dah banyak kat situ. Ramainya 'chinese' - tua, muda, dan budak2. Keluarga dan rakan-rakan.

Pendakian pun bermula...

Mula-mula pendakian melalui kawasan kelapa sawit. Kecerunan bermula dengan 20, 30 darjah. Kemudian, di kawasan hutan mula naik kepada 45 darjah.

Dari segi cabaran, permulaan ni memang tak sebanding dengan Bukit Tabur yang awal-awal lagi dah 50-70 darjah. Cuma hujan rintik-rintik dan kabus tebal yang agak menyukarkan pandangan. Ditambah kegelapan pagi yang buta... (betui ka tatabahasa?)

Setelah menghampiri puncak yang pertama (dari 5 puncak) kelihatan lalang-lalang gajah(?) makin meninggi. Kalau pakai lengan pendek boleh miang tu, terkena lalang.

Tiba di Puncak2 Bukit Broga...

Subhanallah! Subhanallah! Itulah sahaja gambaran yang terbit bagi menceritakan perasaan dan pemandangan di atas Bukit Broga. Mari kita lihat keindahan dan kehebatan ciptaan Allah SWT ini...












Kira-kira pukul 7.30 pagi kami di puncak yang ke-5, iaitu puncak yang terakhir. Kami mula turun kira-kira pukul 8.15 pagi.

Kesimpulannya, pendakian kali ini sangat 'Best'! Cuma kalau nak dibandingkan dengan Gunung Nuang atau Bukit Tabur memang la Bukit Broga ni tahap 'warm-up' je. Cuma dekat 'last-last' je ada yang kecerunannya dalam 70 darjah. Tu pun tak lama sangat. Insyaallah sapa2 yang berminat bolehla cuba.

Sekian, terima kasih Allah!

"Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (Ar-Ra'd 13:3)

BaytulFareed

Thursday, October 29, 2009

Rindu Pada Mu

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu

Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua dengan Mu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau Kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada Mu

"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..."
(Al-Baqarah 2:165)


Lagu: Rindu PadaMu
Nyanyian: Yasin

BaytulFareed

Monday, October 26, 2009

Khusyu' Yang Hilang...

Kita mulakan perbincangan ini dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Ilmu yang pertama sekali diangkat dari muka bumi adalah kekhusyukan." (HR Tabrani dengan Sanad Hasan)

Ini kerana, khusyu' merupakan ciri-ciri pertama bagi orang-orang yang beruntung. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (Al-Mukminun 23:1-2)


Wednesday, October 21, 2009

Panglima Prang! Ayuh Semangat Skit!

“panglima prang deuh panglima prang katroh geuwo
ngon raja nanggroe ngon raja nanggroe hate lam suka”

makna:
Panglima perang telah kembali
Dengan raja negeri dalam keadaan senang gembira

“kru seumangat meukru seumangat seuot judo dro
cutbang ka neuwo cutbang ka neuwo seunang ka neuba
Alhamdulillah alhamdulillah Tuhan lon pujo
beudoh cut putro beedoh cut putro seumah kakanda”

makna:
Mari kita sambut dengan gembira
Kekanda yang telah pulang
Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan
Bangunlah adinda sambut kekanda pulang

“geu hoi ngon kadi geu hoi ngon kadi ngon rakyat nanggroe
oh malam uro oh malam uro qur’an neubaca
nibak ilahi nibak ilahi geuseurah dro
pahlawan kamoe pahlawan kamoe beu ek sejahtra”

makna:
Seluruh perangkat negeri dan rakyat
Malam harinya membaca Al Qur’an
Kepada Ilahi kita serahkan diri
Semoga pahlawan kita ditinggikan kedudukannya

“wahe adun lon wahe adun lon panglima prang
hate lon seunang hate lon seunang ngon pesan
tijoh ie mata tijoh ie mata karena girang
teuku neu riwang teuku neu riwang ubat peunawa”

makna:
Wahai kandaku panglima perang
Hati dinda sangat senang tiada terkira
Berlinang air mata karena senangnya
Kakanda pulang obat penawar luka

"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:193)

Lagu: Panglima Prang
Nyanyian: Izzatul Islam

Sunday, October 11, 2009

Di manakah Hatimu Bersandar?

Alhamdulillah, baru balik dari satu lagi perhentian di antara perhentian-perhentian perjalanan Tarbiyah yang panjang ini. Pada masa inilah proses 'recharge' itu berlangsung secara lebih intensif kerana masanya lebih lama dari pertemuan-pertemuan mingguan.

Lebih kurang pukul 11 malam, dapat sms daripada Nik bahawa dia akan tiba dari Kelantan selepas mengisi program di sana. Waktu tu, kami tengah berdiskusi di dalam bengkel. Menurut Nik, dia akan sampai di KL Central dalam pukul 12 tgh malam.

Tarbiyah di dalam kereta Fadil, sepanjang perjalanan ke KL Central:

Yakinkah ku berdiri?
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
Mendengar-Mu?

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
Merindukan-Mu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku
Teringat ku teringat
Pada janji-Mu ku terikat

Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti

Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau?
Benarkah ini jalan-Mu?
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku

Aku hilang arah
Tanpa hadir-Mu
Dalam gelapnya
Malam hariku


"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas."
(Al-Kahfi 18:28)

Lagu: Sandaran Hati
Nyanyian: Letto

BaytulFareed

Friday, October 9, 2009

Tarbiyah dari Allah itulah yang TERBAIK!

Al-Quran pernah menceritakan tentang Isteri Imran yang telah bernazar untuk menyerahkan anaknya yang bakal dilahirkan untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.

Setelah itu lahirlah Maryam a.s, seorang anak perempuan yang suci dan mulia. Lalu Allah menerimanya sebagai hamba-Nya dan menTARBIYAHnya sesuai sebagai bakal ibu kepada seorang lagi Utusan Pembawa Risalah yang Mulia iaitu Isa a.s.

"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya..." (Ali Imran 3:37)

Ibnu Katsir berkomentar di dalam tafsirnya:

Allah menjadikan Nabi Zakaria a.s sebagai penjaga Maryam adalah untuk kebaikannya (Maryam). Iaitu agar dia dapat belajar dari baginda a.s yang begitu luas Ilmu dan mulia akhlaknya. Malah baginda merupakan suami kepada Ibu Saudara sebelah ibunya sendiri.

Poin 1:

Tatkala Isteri Imran menyerahkan anaknya kepada Allah SWT, Allah telah menerimanya dan menTARBIYAHnya dengan TARBIYAH yang BAIK. Di samping itu, sentuhan-sentuhan Tarbiyah MANUSIAWI anak itu pula ditugaskan kepada MURABBI yang juga seorang MANUSIA iaitu Nabi Zakaria a.s.

Hakikat Tarbiyah

Imam Baidhawi ketika membahaskan pengertian Tarbiyah, mengatakan bahawa di dalam kalimah ar-rabb (tuhan) sendiri terdapatnya unsur-unsur Tarbiyah iaitu:

"Menyampaikan sesuatu hingga mencapai kesempurnaan secara bertahap."

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:

"Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (Al-'Alaq 96:3-5)

Poin 2:

Tarbiyah Islamiyah itu salah satu ciri-cirinya adalah RABBANIYAH. Iaitu Tarbiyah yang dinisbahkan Allah SWT. Secara istilahnya bermaksud "proses berterusan dalam usaha membentuk tingkahlaku di dalam diri Mutrabbi sejajar dengan kehendak Allah berpandukan Manhaj Tarbiyah Ilahiyah."

Sedarkah kita akan Tarbiyah-Nya?


Ikhwah wa Akhawati Fillah;

Sepanjang kehidupan di dunia ini, kita semua pasti telah menempuh berbagai peristiwa yang menentukan arah tuju hidup kita sekarang ini.

Adakalanya peristiwa-peristiwa itu sangat menyeronokkan dan kita sentiasa merasai kegembiraannya sehingga ke hari ini. Namun, tidak kurang juga peristiwa-peristiwa bersejarah itu datang dalam bentuk yang penuh cabaran, ujian atau musibah.

Sebagai seorang Muslim yang beriman dan menyakini qadha dan qadar Allah SWT, kita sepatutnya menempuh peristiwa di dalam kehidupan di dunia ini dengan penuh keredhaan serta KESEDARAN bahawa setiap yang berlaku itu akan sentiasa ada NILAI TARBAWI yang ingin disampaikan oleh-Nya.

Nilai-nilai Tarbawi ini biasanya disampaikan melalui pemahaman kita terhadap hikmah-hikmah yang terbit daripada setiap peristiwa yang berlaku. Dan hikmah-hikmah ini hanya akan dapat difahami oleh mereka-mereka yang diberikan-Nya kefahaman.

"Allah menganugerahkan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah itu, dia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran."
(Al-Baqarah 2:269)


Hikmah Tarbawiyah di dalam Dakwah dan Tarbiyah

Dalam kita merancang gerkerja dakwah, tidak sedikit isu-isu yang timbul dan kadang-kadang dilihat seperti akan merencatkan perjalanan dakwah ini.

Ikhwah wa Akhawati Fillah;

Bersama Kafilah Dakwah yang panjang ini, sedarlah bahawa terdapat banyak sekali 'rambu-rambu' yang menjadi petunjuk di sepanjang jalan. Ini kerana, Allah SWT pasti akan sentiasa mengawasi, menjaga dan menunjuki jalan terang kepada para du'at-Nya yang berusaha melaksanakan 'Iqamah ad-din di dunia ini.

Masalah Kuantiti

Selepas AJK bertungkus-lumus merancang dan melaksanakan suatu program, seringkali kekecewaan melanda tatkala melihat kehadiran peserta sangat sedikit, tidak seperti yang sepatutnya. Semangat untuk meneruskan program kian mengendur dan peserta yang datang dilupakan hak-hak mereka.

Ingatlah wahai para du'at akan firman Allah SWT:

"...Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah 2:249)

Sirah membuktikan bagaimana 'orang-orang sedikit' tapi ikhlas dan beriman ini sentiasa meraih pencapaian dan kejayaan. Biarlah sedikit, tapi kualiti kesabaran dan kesungguhan mereka itu yang menjadi aset terbaik!

"...Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti."
(Al-Anfal 8:65)

Ada beberapa Nilai Tarbawi yang dapat diambil:

1. Allah SWT ingin mendidik para du'at bahawa hidayah adalah milik-Nya dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

2. Allah SWT ingin mendidik para du'at agar menguatkan keyakinan kepada Kekuatan-Nya semata-mata dan tidak bergantung harap pada banyaknya kuantiti.

3. Allah SWT ingin mendidik para du'at akan nilai keikhlasan yang tulus dalam melaksanakan tarbiyah dengan bersungguh-sungguh memberikan hak-hak peserta walaupun mereka tidak ramai.

4. Allah SWT ingin mendidik para du'at untuk lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dakwah tarbiyah supaya mad'u tertarik untuk hadir lalu menerimanya.

5. Allah SWT ingin mendidik para du'at sentiasa bermesyuarat (syura) dan mempertimbangkan segala aspek yang membantu mempertingkatkan atau mengurangkan kehadiran.

6. Allah SWT ingin mendidik para du'at bahawa setelah usaha yang maksima, hendaklah bertawakal sambil berdoa kepada Allah agar dibukakan hati para mad'u untuk hadir.

Kesimpulannya, sesuatu isu yang timbul itu perlulah dikaitkan dengan ketentuan dari Allah dan biasakanlah diri untuk mencari mutiara-mutiara hikmah di sebaliknya. Hindari putus asa, sebaliknya pandanglah sudut-sudut positif yang begitu banyak.

Juga, ingatlah bahawa ad-Din itu milik-Nya dan Dia-lah Yang Paling Layak untuk menentukan perjalanan manusia dalam menegakkannya. Cuma kita hendaklah sentiasa berdoa agar terus tsabat dan diperkenankan menjadi salah seorang penerus Risalah Dakwah ini.

Wallahu a'lam...

Rujukan:
1. Al-Quran Terjemahan
2. Tafsir Ibnu Katsir
3. Tarbiyah Rabbani, UAO
4. Islam Sebagai Penyelesaian, msm-net

Pagi Jumaat yang Damai,
Di kala titisan hujan menyirami bumi,

BaytulFareed

Wednesday, October 7, 2009

Buat Para Perajurit Ummahku!

Segak dan bergaya, juga Mantop!

Buat para perajurit umat ini, di mana sahaja antum berada (Di Hutan Lenggeng ataupun Samudera Luas. Jangan lupa Al-Quran dan Ibadah antum! Hehe...)

Saat genderang perjuangan berlalu
Musuh tegak dihadapan
Teguhkan hatimu usahlah kau ragu
Wahai orang-orang beriman
Berzikirlah sebanyak engkau mampu
Agar kemenangan jadi milikmu

Taatilah Allah dan Rasul-Nya
Qidayah penghulu perjuangan
Tetap bersabar dalam barisan
Buang segala ego nan hina

Hindarkanlah berbantahan
Yang kan membuat hatimu gentar
Dan menghilangkan kekuatan
Kerna jundullah...Kerana Jundullah
Pantang terpencar !!

Jangan silau dengan jumlahmu
Yang angkuhkan hatimu
Riya' di hadapan manusia
Kau di halangi insan di jalan-Nya
Padahal Allah tahu.. Apa yang..Kau kerjakan !

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar." (An-Nisa' 4:95)

Gambar diambil dari: Perjuangan Hidup

Lagu: Kepada Jundullah
Nyanyian: Izzatul Islam

BaytulFareed

Sunday, October 4, 2009

Cari Jodoh


Entah sebab melodi ataupun lirik, lagu nyanyian Wali Band ini sangat 'femes' semenjak dua menjak ni. Hehe...ikhwah2 pun dah mula terlayan jugak lagu ni.

Kisah seorang lelaki yang 'desperate' untuk mencari jodohnya. Hayati liriknya di bawah ini... (Baca sambil dengar lagu dia lebih 'layan' kot...)

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim durian hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Jangan bimbang Allah dah janji dalam Al-Quran:

"..dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..."

(An Nuur 24:26)

Lagu: Cari Jodoh
Nyanyian: Wali Band

p/s: Lirik lagu ni takde kaitan dengan penulis... Sekadar coretan santai2 di malam ahad setelah siangnya yang memenatkan. Terutama buat rakan-rakan yang masih se'club'. hoho...

BaytulFareed

Saturday, October 3, 2009

Tuhanku!


Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku

Untuk nanti tiba akhiratku

Berapa nikmat yang telah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….

"Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadah, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu." (At-Taubah 9:112)

Lagu: Tuhan
Nyanyian: Wali Band

BaytulFareed
Related Posts with Thumbnails