About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Sunday, June 27, 2010

Kerja Kolektif @ Amal Jama'i (Bhgn 1)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang...


Hari ni hari Ahad. Takde apa-apa misi luar kawasan. Sepatutnya semalam dan hari ni ada program bersama ikhwah-ikhwah UPNM. Tapi, Allah SWT izinkan tak dapat dijalankan minggu ni.

Ceritanya begini: 

Minggu lepas, mereka dapat tahu akan diberi "weekend = cuti hujung minggu". Untuk pengetahuan pembaca, bagi budak-budak UPNM untuk mendapatkan "weekend" ni merupakan kurnia besar yang dianugerahkan kepada mereka. 


Oleh itu, sahabat-sahabat (yang soleh wa musleh ni) bercadang nak habiskan masa "weekend" dengan kami di Gombak. Dipendekkan cerita, aktiviti dan pengisian program pun dah dirancang. Muwajjih pun dijemput. Tempat pun sedang di"finalize"kan. 

Tetapi, panas yang disangka ke petang itu, rupa-rupanya hujan di tengahari... "Weekend" yang ditunggu-tunggu, tapi di saat-saat akhir "training" yang menjemput.... (Ni kalau buat karangan BM dapat markah lebih sebab ada peribahasa...hehe)

Cuti tak dapat.  Digantikan dengan latihan fizikal selama 2 hari... Kini, mungkin mereka sedang bertungkus-lumus merentas halangan-halangan yang disediakan. Wallahu a'lam., Allah SWT lebih mengetahui hikmah di sebaliknya... 

Yang penting, hikmah yang jelas adalah saya dapat "update" blog ni... (^_^)v

Amal Jama'i: Suatu Pengenalan

Entri kali ini bertujuan untuk membincangkan tentang Kerja Kolektif, atau lebih dikenali di kalangan aktivis dakwah sebagai Amal Jama'i. Perbincangan tentang topik ini sangat panjang, dalam entri kali ini saya hanya sentuh sebahagian sahaja daripadanya secara ringkas... InsyaAllah...

Amal bermaksud Kerja/Buat/Hasilkan; Bagi seorang muslim, beramal maksudnya mengerjakan/menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bagi dirinya, umat dan agama.

Firman Allah SWT:

"Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". (At-Taubah 9: 105)

Jama'i pula berasal dari kalimah Jama'ah. Jamaah bererti "suatu kumpulan manusia yang  bertujuan mencapai hal-hal tertentu."

Sebuah Jamaah dianggotai sekurang-kurangnya 2 orang. Ini mengikut sabda Rasulullah SAW yang mengiktiraf solat 2 orang sebagai berjamaah:  

"Barangsiapa yang ingin mendapatkan pahala berjama'ah maka solatlah bersamanya." (HR Ahmad, Daraimi, Tirmidzi, Hakim, Baihaqi dan Ibnu Hazm) 

Oleh demikian, Amal Jama'i dapatlah ditakrifkan sebagai "kegiatan yang merupakan hasil suatu keputusan Jama'ah yang selaras dengan manhaj (sistem) yang telah ditentukan bersama, untuk mencapai tujuan tertentu."

Fitrah manusia tidak dapat hidup sendirian.

Siapa boleh bantah kenyataan ini angkat tangan cepat! Hehe... rasanya tiada, kerana bersosial dan berinteraksi menjadi keperluan bagi kita untuk terus hidup secara normal di dunia ini. Dalam kehidupan kita seharian mesti akan berlakunya Kerja Kolektif!

Nak buat jahat sekalipun, pasti kena buat secara kolektif baru akan berjaya. Contohnya dalam filem-filem  Barat seperti Ocean Eleven, Twelve, Thirteen...

Musyrikin Quraisy sentiasa bersyura dan beramal kolektif dalam menghalang Dakwah Nabi SAW:

"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya." (Al-Anfal 8: 30)

Malah, Fir'aun yang mengaku Tuhan itu pun tidak ketinggalan...

"Firaun berkata kepada pembesar-pembesar yang berada di sekelilingnya: Sesungguhnya Musa ini benar-benar seorang ahli sihir yang pandai, dia hendak mengusir kamu dari negerimu sendiri dengan sihirnya; maka kerana itu apakah yang kamu anjurkan?" Mereka menjawab: "Tundalah (urusan) dia dan saudaranya dan kirimkanlah ke seluruh negeri orang-orang yang akan mengumpulkan (ahli sihir), nescaya mereka akan mendatangkan semua ahli sihir yang pandai kepadamu'." (Asy-Syu'araa' 26: 34-37)

Nampak kan? Jika nak buat jahat pun kena beramal jama'i, takkan untuk menegakkan Ad-Din Allah SWT, Islam yang Agung itu, kita ingin laksanakan berseorangan?


Teladani Nabi Musa AS yang berdoa kepada Allah SWT agar dibantu oleh saudaranya Nabi Harun AS dalam berdakwah:

Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (yaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah dengan dia kekuatanku,  dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku." (Thaaha 20: 25-32)

Dan akhir sekali, kita semua tahu bahawa Islam adalah agama Satu Ummah, bukannya agama secara berindividu... Kita beriman dan teguh dengan Islam bersama-sama, bukan secara bersendirian!

Firman Allah SWT:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..." (Ali Imran 3: 103)

Cukup setakat ini untuk pengenalan tentang Amal Jama'i. InsyaAllah, bahagian kedua akan menyentuh dengan lebih lanjut...Antaranya adakah hukum Amal Jama'i wajib? Apa jadi jika tidak beramal Jama'i? Dan isu-isu lainnya yang berkaitan... 

Semoga bertemu di lain entri... 

Wallahu a'lam... Allah SWT lebih mengetahui...

BaytulFareed
Sambil layan lagu Jalan Dakwah oleh Alarm Me; lagu lama, tapi best dan sangat bererti...

No comments:

Related Posts with Thumbnails