About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Sunday, May 9, 2010

Jaulah Aqsa@Jabal Broga!

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang...

Apa khabar semua pembaca blog Coretan Karya jiwaku? Harapnya sihat wal afiat di samping tugas-tugas seharian. \(^__^)/

Rasanya dah lama tak menulis di blog ni... Entri sebelum ni pun sekadar 'copy & paste' lirik-lirik lagu orang je.... Alhamdulillah, kali ni dikurniakan kesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman berharga dalam Jaulah yang baru saja selesai semalam.

Ni poster program... Mantop kan?


Haa, kalau nak tahu, ia telah dihasilkan oleh 2 orang otai grafik iaitu adik beradik kembar Umair dan Usamah Idros. Seorang UIAM Gombak, dan seorang lagi UiTM Melaka. Ofis rasmi mereka ialah betul-betul bersebelahan pintu masuk BaytulFareed. ^_^



Jaulah? Ape tu?

Jaulah ialah singkatan kepada "Jauhlah" ataupun ayat lengkapnya ialah "Eh, jauhlah perjalanan kita ni!". Haha... boleh percaye ke ni? Layan je laa...

Firman Allah SWT:

Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Ankabut 29:30)

Ayat di atas menceritakan bagaimana dakwah Nabi Ibrahim AS kepada umatnya yang mengengkari kebangkitan semula manusia di akhirat nanti. Salah satu cara yang digunakannya ialah pendekatan berjalan di muka bumi sambil melakukan tadabbur alam.

Dalam mentafsirkan ayat ini Ibnu Katsir mengatakan:

"Kemudian dia (Nabi Ibrahim) mengajar mereka untuk merenung tanda-tanda yang kelihatan di ufuk dan ciptaan Allah: langit dengan bintang-bintang dan planet-planetnya, bergerak dan diam, bumi dengan dataran, gunung-ganang, lembah, gurun dan keliarannya, tumbuh-tumbuhan dan sungai, buah-buahan serta lautan."

Oleh itu, Jaulah yang dimaksudkan di sini ialah sebuah perjalanan (biasanya keluar dari kawasan) secara berkumpulan yang di dalamnya dilaksanakan beberapa aktiviti tadabbur alam.

Jaulah merupakan salah satu daripada sarana Tarbiyah Islamiyah. Konsepnya santai, tidak terlalu intelektual, dan lebih menekankan semangat ukhuwah sesama peserta dan tadabbur alam.

Jaulah Aqsa@Jabal Broga!

Ok, cukup dengan sedikit pengenalan tentang Jaulah.

Tim Jaulah kali ini dinamakan "Armada Palestina" dengan slogannya "Bir Ruh, Bid Dam, Labaika Ya Aqsa!"

Jaulah ini telah disertai oleh 24 orang peserta. Asalnya jumlah yang mendaftar ialah 40 orang. Tapi, di saat akhir peserta-peserta terutamanya dari BMI terpaksa menarik diri kerana ada program universiti.

Seperti biasa, 'click' gambar untuk besarkan...

Jumaat, 7 Mei 2010:

Sebahagian peserta berkumpul di 'Tangga Besar' UIAM

6.30 petang:
Semua peserta berkumpul di depan tangga besar. Setelah selesai pendaftaran dan pembahagian kereta, kami pun bertolak ke destinasi pertama iaitu Pejabat Aqsa Syarif di Kajang.

Disebabkan kesesakan lalu lintas dan beberapa kapal yang 'tersasar' daripada armada menyebabkan perjalanan mengambil masa yang lama. Walaubagaimanapun, ujian-ujian awal tersebut dapat diatasi dengan baik oleh AJK dan peserta. Alhamdulillah...

8.30 malam: Kami tiba Pejabat Aqsa Syarif untuk mendengar Taujih daripada Dr Hafizi Mohd Noor, seorang aktivis Palestin yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Di pejabat Aqsa syarif bersama Dr Hafizi (6 dari kanan)

Dr Hafizi melahirkan harapannya kepada peserta Jaulah agar menyambung usaha-usaha ke arah pembebasan Masjid Al-Aqsa dari penjajah Israel. Beliau menyatakan bahawa perjuangan ini memerlukan 'nafas panjang' dan tidak hanya bergantung kepada semangat serta emosi semata-mata. Menurutnya lagi, 'nafas panjang ini' perlu dipupuk dengan kekuatan Iman dan Ilmu.

9:30 malam: Sebenarnya kami belum makan malam.... Jadi, selesai saje perkongsian oleh Dr Hafizi, kami semua terus menyerbu Restoren Teratak Rumbia yang tidak jauh dari Aqsa Syarif.

Mengisi perut untuk menyambung perjalanan

Bila semua dah kenyang, para peserta menunjukkan bakat mereka menghias kereta masing-masing bertemakan "Armada Palestina". Dan hasilnya adalah seperti di bawah...


11:30 malam: Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Raja Muda Musa di Semenyih. Pihak Masjid sangat berbesar hati dengan kunjungan "Armada Palestina" dan memberikan kebenaran pada kami untuk MABIT di situ.

5:00 pagi: Pagi Sabtu dimulakan dengan Qiamullail agar hati-hati dan ruh-ruh kami ini diberikan kekuatan dan kemudahan dalam meneruskan perjuangan ini. Para peserta melahirkan rasa kagum dengan bilangan Jemaah Subuh yang ramai oleh ahli kariah Masjid tersebut. Subhanallah!

6:30 pagi: Selepas solat Subuh berjemaah, kami terus bertolak ke destinasi yang sangat dinantikan iaitu Jabal Broga! Suasana pagi yang sejuk tidak menghalang kami untuk begitu bersemangat mendaki. Sememangnya, hari Sabtu mengundang begitu ramai pendaki. Ok, mari kita lihat gelagat peserta di atas Jabal Broga! (sori gambar terhad... sila lihat FB bila dah di'upload' nanti)

Di atas Jabal Broga, di samping terpesona dengan keindahan dan kesegaran udaranya, para peserta mendengar sedikit perkongsian pengalaman, tadabbur dan ibrah daripada 3 orang muwajjih...

Akhuna Auzan sedang memberi Taujih... penulis khusyuk mendengar... ^_^

8:00 pagi: Kami mula turun dari puncak Broga dan tiba di kaki bukit lebih kurang 9.00 pagi. Disebabkan perut dah lapar, maka kami pun bergegas ke Restoren Maulana! Dan di situ berlaku perkara yang sangat melucukan... hahaha (serius x tahan nak gelak ni)... Nak tahu kena tanya Alif dan Najib... (^__^)v

10:00 pagi: Bila dah letih mendaki ni, kalau dapat mandi sungai baru la terrrbaaaiiiikk! Oleh yang demikian, para peserta meneruskan langkah menuju ke Sungai Tekala!

10:30 pagi: Kami tiba di Sungai Tekala. Setelah 'tracking' lebih kurang 1 km, baru berjumpa 'port'. Kat situ pun pengunjung sangat ramai. Hmm, kami terpaksa menjaga mata dan hati bila dah ramai-ramai macam tu. Tapi, alhamdulillah tidak mengganggu aktiviti kami...

Gambar dalam sungai tidak lulus penapisan... hanya dapat gambar di luar sungai je...

2:00 petang: Selepas selesai berkemas dan solat, kami pun meneruskan perjalanan. Kali ini destinasi kami adalah mana-mana Restoren yang dijumpai! Makan laggiiiii....

"OTW" ada Empangan yang sangat cantik... Jadi, kami pun "pause" untuk bergambar dulu...

Ada satu kejadian berlaku... iaitu kemalangan kecil antara salah sebuah kereta konvoi dengan motosikal. Alhamdulillah, penunggang itu hanya cedera ringan dan dihantar untuk mendapat kan rawatan di klinik berdekatan.

Setelah memastikan semuanya selamat, barulah kami makan di Restoren Dapur Kita...

Bersama tokey Dapur Kita (6 dari kiri)... Beliau telah sumbangkan 1 karton Air Mineral untuk "Armada Palestina"! Allahu Akbar!

Perjalanan kami tertunda disebabkan kemalangan tadi. Kami hanya dapat bertolak ke Shah Alam lebih kurang jam 5.00 petang...

Kami tiba di Shah Alam selepas jam 6:30 petang. Rancangan untuk "FREEZE 4 Palestine" terpaksa dibatalkan kerana telah lewat. Sesungguhnya Allah-lah yang mengetahui hikmah-hikmah di sebaliknya... Wallahu a'lam...

Kami berehat dan mandi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sempat bertemu Akh Adha (x-ahlu BF) bersama mutarabbi2nya dari MIAT.

Depan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah... Sebahagian peserta ada 'misi' lain... hehe

7:30 malam: Kami solat berjemaah di Stadium Malawati, Shah Alam. Kelihatan sebahagian Stadium telah dipenuhi dengan penonton.

Lebih kurang jam 8:30 malam, Perhimpunan Perdana Palestin pun bermula!

Program dimulai dengan ucapan wakil2 NGO yang terlibat. Malah, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin , Syeikh Ziyad Al-Qishawi dan Naib Presiden Foundation For Human Right & Freedom Relief (IHH) dari Turki, Mr Hussain Oruc turut memberikan ucapan.

Program terus disemarakkan dengan alunan Nasyid-nasyid daripada "In Heart", Muadz dan Raihan.


Program menjadi lebih gegak gempita tatkala kumpulan Shoutul Harokah membuat persembahan. Alunan lagu-lagu jihad yang sangat dekat dengan jiwa para pejuang Islam malah sering dialunkan di dalam program-program Tarbawi tidak mengambil masa yang lama untuk membangkitkan semangat penonton!

Para pemuda mula menyerbu ke tengah stadium untuk 'jamming' bersama-sama ShouHar! Dan sudah semestinya "Armada Palestina" juga tidak melepaskan peluang ini! Sampai serak-serak suara selepas habis program.. hehe... layannn... (tapi gambar kami 'jamming' xde sebab nak jaga tsiqah... hehe)


11:30 malam: Lebih kurang la. Program Perhimpunan Perdana Palestin pun tamat. Alhamdulillah, sepanjang Konvoi Lifeline4Gaza (LL4G) berlangsung sebanyak RM 1.1 juta telah berjaya dikumpul untuk disumbangkan.

Program malam itu ibarat malam pertemuan bagi ikhwah. Antaranya penulis sempat bertemu dengan ikhwah2 dari UTP Perak dan UTM Johor. Ada yang sudah 4 tahun tak bertemu... Waah, sangat seronok sekali rasanya! Ikhwah UPNM pulak jadi sukarelawan dan ditugaskan menjaga keselamatan... haa, memang sesuai sekali...

12:00 pagi: Jaulah Aqsa@Jabal Brogra kian melabuhkan tirainya. Sedikit perkongsian pengalaman daripada peserta dilakukan di parking Stadium Malawati. Alhamdulillah, rata-rata meluahkan rasa puas dengan aktiviti dan pengalaman yang dijalani sepanjang Jaulah.

Ukhuwah dan mahabbah kian dirasai. Ruh dan semangat juang kini bangkit berkobar-kobar! Apa lagi? Jom kita berGERRAAAKKKK!

Jaulah ditutup dengan bacaan doa Rabithah. Semoga Allah terus menautkan hati-hati kami dengan Iman, Fikrah, Jihad dan Dakwah ini!

12:30 pagi: Konvoi bergerak balik ke UIAM.

Tamat. Sekian dilaporkan... b(^__^)d

Foto: Kredit kepada Mu'az Al-Thaarique dan Ilham Naluri

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (Al-Hajj 22:46)

Wallahu a'lam...

BaytulFareed

7 comments:

marwan_amz said...

Hanya satu kalimah sahaja yang bisa manira ungkapkan kepada kalian semua: JELESNYEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





P/S: Hanya sempat berada dalam team perancangan sahaja, mana jumpa restoran Dapur Kita tu? masa reccee dulu tak jumpa ler lak....

Nuh Zuleffendi said...

Tiada kata yg terungkap selain "manthooop"
sama mcm marwan...tersangat jeles
~ana kat sini,x berpeluang nak pegi demo palastine...senior ana cerita,thn lps mrk sempat berarak bersama syeikh zindani lbey krng 10km++

Azraai Ahmad said...

marwan:-
xpe nta kan ada kewajipan lain. Insyaallah, Jaulah Sonata nanti kita buat lagi best!!

Restoran Dapur Kita tu terjumpe slps berlaku accident. Dekat dgn tmpt kejadian...

nuh:-
kat Yaman xde ke perhimpunan camni? waah, kuat betul Syeikh Zindani... berarak tu jalan ke naik keta?

Nuh Zuleffendi said...

kat yaman ada...cuma masih x sempat nak ikut...syiekh zindani jalan kaki jer....

MS Rizal said...

Salam akhi, nampak happening sangat2. Siapa ikhwah UPNM yang jaga keselamatan itu? Kena bagi diorang task lain pula. Nanti,pencen tau jadi pak guard je...haha

Azraai Ahmad said...

Tuan Rizal, dari upnm ada dlm 6 org. Izat, huzaifah n da gang... haha, x pencen lagi dah practice jd pak guard... xpe diorg jaga duit bukan sikit malam tu...

Cik Sheika Syuhada said...

Menariknya blog anda. Penuh dengan intipati yang dekat dengan institusi saya sendiri.

Jemput Ziarah blog saya juga ya.

www.sheikasyuhada.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails