About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Friday, January 16, 2009

Kronologi Palestin - Bumi Anbiya', Tanah yang Dijanjikan (Bhgn 3)

Sambungan daripada bhgn 2

(Kali ini kita akan melihat kronologi selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW)

570 M - Kelahiran agung seorang Rasul, Muhammad SAW bin Abdullah, yang mana suatu hari nanti risalah dakwahnya menjangkau ke bumi Palestin dan seluruh dunia. Baginda lahir di Mekah.

610 M - Turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'.

610 M - Heraclius memerintah Byzantine. Ketika itu, tentera Parsi di bawah pimpinan Chosroes menyerang Syria dan maju ke Palestin lalu menakluk Caesarea.

614 M - Chosroes memasuki Juruselem dan membakar 'Church of Nativity' sehingga musnah. 90 000 penduduk kristian tempatan disembelih.

619 M - Nabi Muhammad SAW diisra'kan (diperjalankan dalam waktu malam) ke Al Quds (Juruselem). Di situ baginda menjadi imam kepada nabi-nabi bersolat di Masjid Al Aqsa, sebelum dimi'rajkan (perjalanan ke langit) bertemu Allah SWT untuk menerima ibadah solat 5 waktu yang menjadi kewajipan setiap orang Islam. Al Quds juga menjadi kiblat umat Islam bersolat sebelum ditukar ke Kaabah di Masjidil Haram.

627 M - Heraclius mara menentang tentera Parsi di Syria dan berjaya menawan semula jajahan termasuklah Palestin.

634 M - Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, Khalifah Abu Bakar As Sidiq mengarah sebuah ekspedisi ketenteraan yang dipimpin oleh seorang sahabat bernama Amr bin Al 'As. Ekspedisi ini mengalahkan Byzantine beberapa kali di medan peperangan.

636 M - Semasa pemerintahan Khalifah kedua, Khalifah Umar Al Khattab, pasukan Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid mendapat kejayaan yang gemilang ke atas Byzantine di Yarmuk, selatan Jordan. Dengan ini secara langsung seluruh Syria dan Palestin di bawah taklukkan Islam.

Wallahu a'lam.
Nantikan sambungannya dalam Palestin di bawah pemerintahan Islam.

Rujukan:-
History of Palestine - A Methodical Study of the Palestinian Struggle
Dr Mohsen Mohammed Saleh

BaytulFareed

No comments:

Related Posts with Thumbnails