About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Friday, January 16, 2009

Kronologi Palestin - Bumi Anbiya', Tanah yang Dijanjikan (Bhgn 2)

Sambungan daripada bhgn 1

63 BC - Bangsa Rom menawan kesemua kawasan yang telah ditinggalkan 'Alexander the Great', dan tiba di Palestin pada tahun ini. Bangsa Rom membina semula kota-kota besar di kawasan tersebut, seperti di Samaria. Raja Maccabean dilucutkan pangkatnya, walaupun diberi sedikit kuasa internal.
27 BC - Tercetus peperangan besar di antara panglima-panglima Rom sesama sendiri, dan menyaksikan pembunuhan Julius Caesar. Bangsa Parsi mengambil kesempatan ini untuk menawan semula Palestin. Namun, Anthony, salah seorang daripada panglima Rom di Syria berjaya mengekalkan penjajahan Rom terhadap Palestin. Beliau masuk ke Palestin pada tahun ini dan menjatuhkan hukuman mati kepada Raja Maccadean yang terakhir. Beliau melantik Herod anak Antepas sebagai pemerintah Palestin. Herod kemudiannya memeluk agama Yahudi dan membina semula Kuil Sulaiman. Beliau telah mengarahkan pembunuhan Nabi Yahya AS dan Nabi Zakaria kerana menentang perkahwinannya dengan anak perempuannya.

6 BC - Empayar Rom meletakkan Palestin secara langsung di bawah pemerintahannya.

4 BC - Nabi Isa AS dilahirkan. Baginda membesar di Nazareth. Ketika berusia 30 tahun, baginda mendapat wahyu daripada Allah SWT. Baginda mengembara ke seluruh Palestin untuk berdakwah tentang keesaan Allah SWT, kemurahan serta kerahmatan-Nya. Orang-orang Yahudi menentang dakwahnya lalu berkomplot dengan salah seorang pengikut baginda untuk menawannya serta menyerahkan kepada kerajaan Rom agar dihukum. (Allah mengangkat baginda ke langit)

66 CE - Pemberontakan Bani Israel terhadap kerajaan Rom tercetus.

70 BC - Seorang pemimpin Rom, Titus, menyerang Jeruselem dan membakar Kuil Sulaiman.

131 - 135 CE - Maharaja Rom, Hadrian, menumpaskan pemberontakan terakhir Bani Israel di Palestin. Jeruselem ditiadakan dan digantikan dengan kota Aelia Capitolina. Di situ dibangunkan patung Jupiter di atas runtuhan Kuil Herod (Temple of Herod). Ketika inilah ikatan Bani Israel dengan Palestin BERAKHIR...

267 - 272 CE - Tentera Palmyra di bawah pimpinan Zenobia menguasai Palestin lebih kurang 5 tahun sehinggalah Maharaja Rom, Aurelius mengalahkan kerajaan itu pada 272 CE. Rakyat Palmyra adalah terdiri daripada bangsa Arab.

326 CE - Constantine, seorang Maharaja Rom memeluk Kristian. Ibunnya, Ratu Helena melawat Palestin dan membina 'Church of the Holy Sepulcher' di Jeruselem dan 'Church of Nativity' di Bethlehem.

395 CE - Empayar Rom berpecah kepada dua; Roman Timur (Byzantine - termasuk Syria dan Palestin) dengan Constantinople sebagai ibu negara dan Roman Barat dengan Rome sebagai ibu negara.

529 CE - Ghassan, bangsa Arab Yaman yang beragama Kristian pada abad ke-4, memasuki arena politik Byzantine. Rom menggunakan mereka untuk menumpaskan pemberontakan di Palestin serta menjadi barisan hadapan dalam peperangan melawan Parsi. Parsi juga menggunakan kabilah Arab yang lain, iaitu Al Manathera untuk tujuan yang sama.

Wallahu a'lam.
Nantikan sambungannya dalam Palestin selepas kebangkitan Nabi Muhammad SAW.

Rujukan:-
History of Palestine - A Methodical Study of the Palestinian Struggle
Dr Mohsen Mohammed Saleh

BaytulFareed

No comments:

Related Posts with Thumbnails