About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Wednesday, May 6, 2009

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA!


Sambil diiringan petikan gitar Ramli Sarip...
Mode:- Muhasabah

Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Dalam blog:

Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?

Dalam forum:

Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?

Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri

Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita

Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!

Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)

BaytulFareed

2 comments:

Anonymous said...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Begitulah manusia sesetengahnya..Umpama Lalang,
Menyokong sesuatu perjuangan kerana musim,
Musim ini kita sokong perjuangan ini,
Musim lain kita sokong perjuangan yang lain,
Kadang-kadang tetap menerima walaupun salah,
Ya! walaupun salah apa yang diperjuangkan,

Wahai manusia!
Guna akal yang ada untuk berfikir!
Muhasabah diri sendiri terhadap perjuangan!
Benarkah ini perjuangan atau pujukan!
Yakni pujukan syaitan terhadap diriku!
Mengapakah aku terus menyokong meskipun?
Meskipun ku tahu kesalahan yang fatal terlihat!

Wahai manusia!
Bersikap amanalah dlm perkerjaan mu,
Ya! Apa jua perkerjaan!

Qiyadah
Jundi
Mengarang
Berkata-kata

Terpenting sekali!
Amanahlah terhadap iman kamu!
WALAUPUN PAHIT UNTUK DITELAN!

Azraai Ahmad said...

To Anonymous:

Jazakumullah khairan jaza'

Related Posts with Thumbnails