About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Thursday, May 14, 2009

Mata... Oh! Mata...


Mata……
indahnya kau ciptaan ilahi
sesuai dengan empunya diri
yang tak dapat ditukar ganti
Walau ditukar dah tak sama lagi..

Mata...
lirikan mata runtunan hati
dari mata turun ke hati
memang nafsu terbit di hati
melihat jamuan dunia yang tak terperi
fitrahnya mata sukar ditafsir lagi

Mata…..
Kegunaanmu tidak terbatas
yang baik kurang yang jahat terlintas
adakah itu tuntutan teratas
nafsu menguasai iman tercantas
adakah kau bijak menangkas...

Mata..
anugerahmu diberi Yang Esa
sememangnya itu fitrah manusia
tapi tidak bersyukur dengan nikmat yg ada

Wahai sahabat yang bermata...
kata ini untukmu dan aku jua
renungi nikmat Allah yang tak terkira
adakah mata di guna dengan sempurna..

Mata..
rabun diberi keluhan menanti
sebenarnya itu peringatan dari Ilahi
antara sedar ditarik nikmat yang pasti
untuk hamba berfikir dan merasai..

Hilang Nikmat Mata…..
"si buta" pula diberi nama
tapi hatinya lebih terang dari si bermata
lebih bersyukur dari yang bermata
mencari rezeki di alam semesta
andai kita di tempat mereka
adakah kita mampu merasa
naluri tak pernah fikiran takut yang menjelma
sememangnya kita takut tak bermata
tapi tak bersyukur apa yang ada

Mata…….
ayat AL-Quran itu penawar segala
adakah mata selalu membaca
atau sekadar diwaktu derita
air mata mengalir entahkan kenapa
bukan kerana banyaknya dosa
tapi mungkin kerana di tinggal kekasih jiwa

Mata...
jahil sungguh manusia ini
air mata bukan tuk menginsafi diri
tapi menjadi peluah masalah dihati

Mata…..
gelaran di beri untuk si mata
untuk mengambar si empunya mata
jiwa hati bersinarlah mata
bersyukur tak terkira kerana mata
yang mempunyai kuasa
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata lagu tercipta...

p/s:- bukan karya sendiri, tapi pernah berada dalam laptop lama Acer dulu. Jumpa balik dalam HD Moja.

BaytulFareed

1 comment:

marwan_amz said...

Maka sesiapa yang tidak dibebankan untuk memakai cermin mata, janganlah sesekali anda mencuba....:-)

Related Posts with Thumbnails