About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Monday, May 18, 2009

Kerja Panjang Itu Namanya DAKWAH


“Biarkanlah pohon itu tumbuh dengan semulajadi, perlahan-lahan namun pasti. Ia perlukan waktu yang cukup untuk mengeras dan memperkuatkan batang, menjulurkan akarnya ke perut bumi, merendangkan dedaunnya, dan akhirnya memberikan buahnya bagi umat ini. Tetapi jangan lupa untuk terus merawatnya.”

Menyampaikan dakwah kepada umat adalah misi yang amat berharga. Jadi, sudah semestinya kita mempersembahkannya dalam bentuk yang terhormat dan cara yang paling bijak.

Dakwah saat ini belum dikenal dengan baik oleh majoriti masyarakat kita. Hal ini adalah lantaran keawaman mereka tentang hakikat Islam dan ketinggian ajarannya. Juga kerana kabus yang menyelimuti hati generasi muda kita, disebabkan doktrin-doktrin menyesatkan yang selama ini mereka terima.

Kerana itulah seorang da’i memerlukan kesabaran sekaligus kecerdikan. Dakwah tidak seperti air yang dapat diminum sekali teguk. Namun ia merupakan terapi yang harus dipersembahkan dengan ilmu, seni, dan waktu.

Memetik kata-kata hikmah:

“Waktu adalah sebahagian dari penyelesaian.”

Selain itu, waktu juga merupakan sebahagian dari tahapan dalam penanaman nilai, pembangun pancang-pancang dakwah hingga tegak pangkalnya, dan pengukuhan asas-asas pemahaman. Bilamana pemahaman terhadap nilai diiringi dengan penguasaan atas realiti, gerak langsung, serta berbagai ilustrasi dan peristiwa yang terjadi, maka dakwah akan mempunyai pengaruh yang dalam, lebih mudah diyakini, dan lebih produktif dalam proses tarbiyah (pendidikan) dan takwiniyah (pembinaan).

Oleh yang demikian, tergesa-gesa dalam memahamkan seseorang akan hakikat dakwah tanpa disertai dengan kaedah-kaedah alamiah (iaitu bertahap dan perlahan-lahan) akan mencemari produk pemikiran dan usaha pembinaan.

Ertinya, ketika seseorang ingin sekali merekrut orang baru agar bergabung dalam medan dakwah, hendaklah berhenti sejenak sebelum terjun ke medan usaha untuk merancang pola serta saluran yang tepat, lagi bermanfaat yang dapat membuahkan hasil sehingga dapat menghantarkan pada tujuan.

Ketergesaan seringkali dapat menutup pintu hati dan menyumbat jendela perasaan. Memang, angin kecang dapat menutup pintu kamar dengan keras dan cepat, tapi tak mustahil akan mengakibatkan pintu itu terpantul dan terbuka kembali kerana tolakan angin yang terlalu keras tadi. Sedangkan gerakan yang perlahan, bijak, dan panjang nafas dapat membantu untuk membangun ikatan-ikatan yang saling menguatkan dan menempanya sehingga akan tercapailah sasaran yang diharapkan.

“Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berkerja. Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allahlah harapan kita satu-satunya.”

Hassan Al Banna

Rujukan:
Dakwah adalah Terminal, At Thoriq Ila Al Qalub, 'Abbas As Sissiy

BaytulFareed


No comments:

Related Posts with Thumbnails