About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Monday, April 27, 2009

Berlarilah Untuk Terus Hidup!

Bendera Palestin di Bukit Fraser

Dalam musim cuti semester ni, saya teringat sebuah program di Bukit Fraser kira-kira 3 tahun lepas. Dalam salah satu slot, Murabbi saya 'The 3rd' pernah bertaujih;

"Dalam PERGERAKAN itu terdapat KEHIDUPAN dan DIAM itu ciri-ciri bagi KEMATIAN."

Tambah beliau (mafhumnya), hanya dengan BERGERAK seseorang itu mampu terus HIDUP dan lebih baik MATI jika tidak mahu BERGERAK.

Taujih tersebut pernah mencetuskan semangat "March OR Die" @ "Mara ATAU Mati" di kalangan "ahlu Fraser" dan sangat memberi kesan terhadap kesungguhan dan keseriusan kami dalam beraktivisme.

Kata-kata Penyemangat

Tiada KEHIDUPAN tanpa PERGERAKAN.

Kerana PERGERAKAN itu umumnya melambangkan KEHIDUPAN.

Maka, BERLARIlah untuk terus HIDUP!

Kerana BERLARI itu kemuncak PERGERAKAN!

Al Waktu Hual HAYAH!

Waktu itu KEHIDUPAN.

Isilah ia dengan PERGERAKAN!


Semangat Yang Hilang

Kini, semakin lama semakin melunturlah semangat "March OR Die" dan berganti dengan banyak DIAM berbanding BERGERAK. Kalau bergerak pun, hanya mulut yang bergerak berceloteh dan bersyarah. Kalau bergerak pun, sekadar berjalan-berjalan dengan penuh kemalasan dan bukannya BERLARI penuh semangat. Kalau bergerak pun, ibarat paku dan tukul. Sekali diketuk, sekali bergerak. Penuh LONGLAI...

Jika berlari pun, selalu sangat semput-semput. 100 meter itupun dah lemah longlai. Janganlah mengharapkan 1500 meter. Nafas tidak lagi sepanjang nafas dahulu.

Mendaki Untuk Terus Hidup

Bukit Tabur, di salah satu Puncaknya

Pertama kali mendaki Gunung Nuang 2 tahun lepas, banyak mengajar erti KEKUATAN yang sebenar. Ketika kudrat manusiawi ingin menyerah, maka ketika itulah hati meminta KEKUATAN daripada YANG MAHA KUAT.

Alhamdulillah, Tuhan Yang Maha KUAT memberi secuit KEKUATAN!

Ketika mendaki Bukit Tabur setahun lepas, salah seorang sahabat yang mengalami UJIAN ketika mendaki Gunung Nuang sebelumnya, menjadi orang yang paling terkehadapan dan mendahului pendaki-pendaki yang lain.

Apa maknanya ini? Maknanya, beliau terus mencari KEKUATAN dan menyimpannya sebagai STAMINA! Dengan STAMINA, nafas ini insyaAllah akan sentiasa panjang.

Erti Sebuah Kehidupan

Mari kita mentadabbur ayat di bawah!

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi KEHIDUPAN kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." (Al Anfal 8:24)

Tidakkan kita menjumpai bahawa terdapatnya sesuatu yang memberikan KEHIDUPAN di dalam setiap seruan Rasulullah SAW?

Adakah seruan lain yang dapat memberikan KEHIDUPAN yang serupa?

Maka, berlarilah terus kepada-Nya untuk menggapai sebuah keHIDUPan!

Sujud untuk terus HIDUP di Gunung Nuang

Wallahu a'lam...

p/s:- banyak berkias pulak dalam entri kali...

BaytulFareed

6 comments:

mas syarep said...

aduh!!!tulisan nta kalini betul2 mcm "the 3rd"..setiap tulisan tu mmg ade jutsu menyepak kpd yg membacanya..

bahkan..bile bce ni..trus terkenang..dlm gambo tu..ana pon ade..hehehe..terkenang kite prgm sme2 dulu..tp sedih gak..gunung Nuang dulu..xdpt pegi dgn ntum..sedih pun ade..

ape yg pasti.. kite akan terus bergerak menuju kehidupan abadi..hidup kita utk hidup kita yg akan dtg..bergerak kite utk meraikn kemenangan yg abadi..lelah kite sbg mahar untuk rehat yg abadi..jom ke sorga!!

p/s: nk gambo ahlul fraser!!!

Azraai Ahmad said...

To mas syarep:

Jutsu tu pun kuasa Allah jugak.

Dia bagi pinjam jap untuk kemaslahatan warga Kanoha dan kampung2 sekitarnya.

Jutsu koman2 je, utk misi2 tahap C atau B.

Kalau nak tahap A atau S, kena jumpa Hokage sendiri la...

Tengah 'practice' Kage Bunshin No Jutsu, senang untuk2 misi2 'kemanusiaan' di banyak tempat dalam satu masa...

p/s:- gambo ahlul fraser yg ada tak banyak pun, 5@6 keping je...

zaini_jb said...

Salam 'alaik,

Semoga x ulangi kesilapan yg lalu.

Cukup saja terantuk sekali.

mas syarep said...

jutsu2 tu..xleh nk tunjuk slalu..nnti chakra abes plak..so kne devolep chakra dulu..nnti baru power bile buat jutsu..hohohoho!!

zahidzuhri said...

dalam kita berlari
jangan lupa untuk minum kopi
dan makan sehari-hari
agar esok terus kencang berlari

Antara sebab orang berhenti berlari adalah kerana tak dapat makanan yang berkhasiat dan cukup,justeru berhenti berlari...

Oleh itu,adalah penting tarbiyah dzatiyah. Kita ambil contoh N.Ibrahim yang sanggup meninggalkan anak bininya di tanah panas yang kering kontang demi seruan kekasih agungnya.

Wallahualam ;)

Azraai Ahmad said...

To zaini_jb:

Jazakallah khair...moh sama2 lah kita saling mengingatkan!

To mas syarep:

Betul2, bukan semua orang ada chakra 'kyubi' dalam badan. Hehe..

To zahidzuhri:

Betul Akhi!

Tarbiyah Dzatiyah, rahsia terus 'Kenchang' larian seorang Da'i. Insyaallah sama2 kita perkuatkan diri dengannya!

Related Posts with Thumbnails