About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Monday, May 11, 2009

Edisi Ibuku Hebat: My Mother is The Best Cook!


Orang kata kalau nak menghargai ibu tu, bukan pada Hari Ibu sahaja. Memang betul pun, dan saya sangat-sangat bersetuju dengan pendapat tersebut.

Namun, kadang-kadang manusia memerlukan saat-saat tertentu untuk lebih menghayati erti kehidupan ini. Mungkin menjadi fitrah manusia, tatkala sibuk dengan aktiviti harian, akan melalaikannya sebentar dari mengingati mereka yang tersayang.

Jadi, sambutan hari-hari tertentu sebegini, insyaallah akan memperingatkannya semula...

Selamat Hari Kepada Ibuku (dah pakat dengan untuk 'share' hadiah dengan kakak semalam) dan semua ibu atau bakal-bakal ibu di seluruh dunia!

My Mother is The Best Cook!

Dua minggu lepas, saya berkesempatan pulang ke kampung di Kedah. Yaah, saya begitu merindukan masakan mak saya, terutamanya Kari Ayam Kampung Bersama Rebung. Huih...takde chef la yang boleh 'challenge'!

Entahlah, dalam banyak-banyak makanan di banyak-banyak restoren/kedai mamak/cafe/hotel/dll saya tetap berbangga untuk mengumumkan bahawa;

"Mak saya merupakan chef terbaik di dunia!"

Betul, kalau tak tak kan la badan saya 'agak naik' sebaik saja sampai ke kl. Takpe, penuh dengan kasih sayang seorang ibu...Hoho!

Every Mother is The Best Cook

Saya rasa ramai yang tidak bersetuju bahawa mak saya adalah chef terhebat. Kerana, menurut orang lain, masakan mak dia lagi sedap.

Semua orang 'claim' mak dia la chef terhebat! Stephen Chow dalam 'God of Cookery' pun tak boleh lawan. Jadi siapa sebenarnya yang tersedap makanannya di dunia?

Jawapan saya, SEMUA IBU adalah chef terhebat! No one can challenge THEM!

Apakah rahsianya?

Apakah rahsianya yang pada semua ibu yang menjadikan masakan mereka TERSEDAP di dunia???

Jawapannya adalah KASIH SAYANG dan KECINTAAN!

Ya, ramuan rahsia yang menjadi asas kepada masakan para ibu adalah kasih sayang dan kecintaanya kepada anak-anak mereka.

Dia memotong, menghiris, menumis dan seterusnya memasak dengan membayangkan wajah anak-anak yang sedang menikmati makanannya. Dengan perasaan penuh kecintaan agar anak-anaknya sihat dan membesar menjadi manusia-manusia yang berguna.

Segala gerakan senduk mengacau dan menggoreng, semuanya disertai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anak (juga suami) tercinta.

Oleh itu, tatkala anak-anak dan juga suami makan, resapan cinta dan kasih sayang itu turut sama ditelan menjadikannya lebih ummp!

Sebab itu, ikan masin goreng pun di tangan seorang ibu SEDAP! Kami sayang Ibu!

Jom tiru!

Bak kata seorang akh, ketika exam yang mana semua mutarabbi kita sibuk dan tidak sempat buat usrah yang lengkap, apa kata kita jemput saja mereka ke rumah dan MASAK makanan sendiri untuk mereka!

Di dalam masakan itu sertakan juga dengan CINTA dan KASIH SAYANG seorang murabbi. Insyaallah, mahabbah akan terasa dan ukhuwah bertambah kuat!

Selamat Mencuba!

BaytulFareed

No comments:

Related Posts with Thumbnails