About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Wednesday, April 1, 2009

Hari Kebodohan Umat Manusia Sedunia!


Pada hari biasa mereka akan marah jika dipanggil bodoh, tetapi pada 1 April setiap tahun mereka rela diperbodohkan malah turut memeriahkan lagi pesta bodoh memperbodohkan ini.

Ya, pada hari ini sekali lagi manusia menyambut 'Hari Kebodohan' atau lebih terkenal dengan 'April Fool'!

Saya tidak bercadang untuk menulis tentang sejarah wujudnya 'April Fool' atau hukum menyambutnya. Kerana, saya maklum rata-rata orang kita telah mengetahui bahawa 'April Fool' bukannya amalan umat Islam malah ramai ulama telah mengeluarkan fatwa pengharaman menyambutnya.

Untuk Fatwa Ulama Mengenai 'April Fool' baca di sini

Bahana 'April Fool'

Disebabkan terlalu kerap diperbodohkan dan ditipu 'hidup-hidup' semasa 'April Fool', banyak kejadian malapetaka dan kerugian telah dicatatkan sejarah pada tarikh ini. Hanya disebabkan oleh beberapa orang yang 'tiada kerja' ingin memperbodohkan orang lain, huru-hara dibuatnya!

Kes-kes di bawah adalah sebagai contoh dan iktibar:

Pertama:


1 April 1946, seramai 165 orang penduduk Hawaii dan Alaska mati apabila tsunami melanda akibat gempa bumi di Pulau Aleutian. Mangsa-mangsa menganggap amaran yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik adalah sebuah 'prank' sempena 'April Fool.'

Kedua:

Tahun 1994, di Glendale dan Peoria, Arizona tersebar 'fliers' yang memaklumkan "Serangan Lebah Pembunuh". Penduduk diperintahkan untuk berada di dalam rumah masing-masing dari 9 pagi hingga 2.30 petang. Nombor telefon stesyen TV dan radio tempatan disertakan dalam 'fliers' tersebut. Di bawah 'fliers' tertera sebuah agensi kerajaan "Arizona Pest Removal Information Line (For Outside Operations Listings)." Gabungan huruf pertama membentuk April Fool. Akibatnya, stesyen TV dan Radio berkenaan dihujani panggilan untuk pengesahan. Tidak terkecuali Jabatan Pertanian Arizona. Malah, penduduk yang risau terperuk di dalam rumah seharian sambil memerhatikan tingkap rumah mereka.

Ketiga:

Bayangkan anda membaca surat khabar Opinia pada 1 April 2000 yang memuatkan berita mengenai pembebasan suami atau saudara anda di Penjara Baia Mare, Romania. 60 orang kerabat tahanan dengan gembira dan terharu 'travel' sejauh itu hanya untuk mengetahui itu adalah sebuah 'April Fool'.

Keempat:



Tahun 2003 di Hong Kong, tersebar berita mengatakan virus SARS telah menjangkiti terlalu ramai penduduknya sehingga tidak dapat dikawal lagi. Semua pusat imigrasi telah ditutup di bahagian yang dikuarantinkan. Dikatakan juga 'Chief Executive'nya, Tung Chee Hwa telah meletak jawatan. Akibatnya pusat-pusat membeli belah di seluruh Hong Kong diselubungi kepanikan para penduduk dan peniaga. Kerajaan Hong Kong terpaksa membuat sidang media untuk menafikan berita tersebut dan memaklumkan ia adalah 'April Fool' oleh sebuah laman web media tempatan.

Kelima:

Tahun 2003, banyak laman web Cina dan Korea Selatan melaporkan CNN menyiarkan berita pembunuhan Bill Gates, Pengasas Microsoft. 'April Fool' tersebut telah mengakibatkan stok market Korean Selatan jatuh sebanyak 1.5%.

Begitulah sedikit sebanyak kes-kes yang sempat saya jumpai. Semestinya banyak lagi 'prank' yang berlaku di sekitar tempat anda atau mungkin dialami oleh anda sendiri.


Gambar Hiasan

Contohnya, pagi tadi seorang sahabat di KAED UIAM memberitahu bahawa satu studio berkejar ke 'car park' KAED apabila dikhabarkan ada orang kemalangan teruk di situ. Tup..tup..April Fool!

Hmm... ada lagi yang terjangkit virus April Fool ni...

Larangan Menipu;

Rasulullah SAW telah bersabda mengenai perbuatan menipu dan berdusta;

"Ciri-ciri munafiq ada 3, bila bercakap dia berdusta, bila berjanji dia melanggari, dan bila diberi amanah dia mengkhianati." (HR Bukhari Muslim)

"Tidak beriman seseorang sehinggalah dia meninggalkan pendustaan untuk bersuka-suka dan berbantah-bantah walaupun dia mengatakan kebenaran." (HR Ahmad dan Tabrani)

Juga terdapat larangan menakut-nakutkan orang Islam;

"Tidak dibenarkan seseorang untuk menakut-nakutkan seorang Muslim."
(HR Abu Dawud)

Kesimpulan

"April Fool" tidak patut disambut oleh setiap orang yang beriman. Menyambut "April Fool" tidak akan mendatangkan manfaat, sebaliknya mengundang kemarahan orang yang diperbodohkan, malah mungkin membabitkan nyawa dan kerugian harta benda.

Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/April_Fools%27_Day
http://www.museumofhoaxes.com/hoax/aprilfool/
http://www.museumofhoaxes.com/worstaprilfools.html

Wallahu a'lam...

p/s:-

Teringat kisah budak yang menipu orang kampung bahawa kambing-kambingnya dibaham serigala. Kali ketiga, ketika serigala betul-betul menyerang, tiada orang yang mempercayainya.

BaytulFareed

1 comment:

x1y0z2a6 said...

mntk izin nk cOpy paste kt page ek....

Related Posts with Thumbnails