About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Saturday, March 28, 2009

When Israelist Came to My Blog!



Assalamualaaikum...

Ha... Dah lama tak 'update' blog! Nak kata sibuk tu, takde la sangat cuma orang kata 'ilham' tak turun je. Entahlah, mungkin disebabkan saya sedang mencari 'ruh baru' dalam penulisan blog ni.

Yela, bila kita menulis kat blog ni, mestilah kita 'expect' orang lain mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya merasa 'tergerak' untuk melakukan sesuatu untuk memperbaiki diri dan orang lain.

Menulis dengan RUH

Saya suka membaca buku-buku karangan Dr Yusuf Al Qardawi. Beliau merupakan seorang ulama hebat yang sangat pakar dalam bidang Fiqh dan Dakwah. Suatu kelebihan beliau adalah walaupun buku yang ditulis itu bertemakan Fiqh seperti zakat, muamalat dan lain-lain, namun anda dapat merasakan siraman-siraman nurani yang menyegarkan di dalam tulisan beliau.

Sebenarnya ramai ulama dan para daie yang dapat anda rasakan aliran 'elektrik' yang menyentap hati dan perasaan ketika membaca tulisan-tulisan mereka. Antaranya adalah Imam Al-Ghazali, Ibnu Qayyim Al Jauzi, Said Hawwa, Syed Qutb dan lain-lain.

Buku 'At Thoriq ilal Qulub' karangan Syeikh 'Abbas As Sissiy merupakan kegemaran saya jika ingin merujuk bagaimana untuk memenangi hati orang didakwahi. Buku itu sendiri walaupun menceritakan teknik-teknik berdakwah fardiyah, namun saya merasakan suatu perasaan membuak-buak ingin mengamalkan tips-tips yang beliau nyatakan.

Itulah kesan penulisan yang disertai ruh dan penuh perasaan rohani yang mantap. Ia mampu menggugah perasaan para pembaca untuk 'bergerak' mengamalkan isi penulisan tersebut!

Mencari RUH yang Hilang

Sebenarnya setiap orang ada cara tersendiri mencari idea dan topik penulisannya, namun saya mendapat kebanyakan topik penulisan saya di atas motorsikal atau lebih tepatnya skuter!

Entah tabiat yang baik atau tidak, tatkala naik je skuter, terus datang idea-idea yang perlu dicernakan. Sebenarnya, beberapa 'posting' yang mendapat komen terbanyak di dalam blog ini adalah hasil pemikiran di atas skuter!

Mengapa jadi begitu?

Erm... saya boleh katakan bahawa 'mungkin' RUH saya agak 'naik sikit' ketika mengunggang motor.

Setiap hujung minggu (jika tiada halangan) saya akan ke sebuah tempat yang 'agak memakan masa' perjalanannya untuk bertemu ikhwah-ikhwah di situ. Perjalanan selama lebih kurang 40 minit (jika menunggang 90+ km/jam) sebenarnya suatu masa yang agak lama untuk menyiapkan rangka dan isi sebuah penulisan.

Menunggang selama itu kadang-kadang agak membosankan jika tidak diisi dengan sesuatu yang berfaedah bukan? Malah, kerap kali saya mencernakan tajuk, idea dan contoh-contoh yang akan dibincangkan pada hari itu semasa dalam perjalanan.

Satu lagi, ketika menunggang, kita tidak tahu apa nasib kita jika Allah mentakdirkan sesuatu yang kurang baik berlaku pada diri kita. Jadi, seboleh mungkin kita akan sentiasa beristighfar dan berzikir kepada Allah semasa dalam perjalanan. Itu mungkin satu lagi faktor RUH dan Maknawi boleh 'naik skit'!

When Israelist Came to My Blog!


Kembali kepada tajuk blog. Buka blog hari ini, saya ternampak bendera Israel di "Live Traffic Feed". Eh, hairan juga bila orang Israel datang ke blog saya ni. Buat gapo?

Setelah diselidik, barulah saya tahu pelawat tersebut datang dari 'google image'. Mengikut hasi selidikan, dia mencari info tentang Kereta Kebal Merkava, sebuah tank yang digunakan Isreal menghantam umat Islam Gaza. Hasil cariannya telah membawa pelawat itu ke blog saya melalui 'posting' Mesin Pemusnah Zionis Israel.

Saya tak harapkan dia faham apa yang saya tulis dalam blog ini. Tapi, sekurang-kurangnya dia tergerak untuk melihat foto-foto kesengsaraan umat Islam Palestin yang dipaparkan. Siapa tahu, Allah SWT menggerakkan hatinya untuk kembali kepada fitrah manusia yang inginkan kedamaian dan ketenangan hidup?

Itulah kelebihan menulis blog, siapa tahu dengan membaca artikel yang anda tulis, hati-hati manusia tersentuh dan berubah. Bukankah Rasulullah SAW pernah menjanjikan;

“Wahai Ali, sesungguhnya jika Allah SWT memberi hidayah kepada seseorang dengan usaha kedua tanganmu, maka itu lebih bagimu dari tempat manapun yang matahari terbit di atasnya (lebih baik dari dunia dan isinya)" (HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak)

"Sesiapa yang menyeru manusia pada hidayah, maka dia mendapatkan pahala seperti mana yang diperolehi orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka." (HR Muslim)

Wallahu a'lam...

p/s:- kepada akh Zahid, kutujukan khas artikel ini buatmu! Insyaallah, sentiasa 'update' lepas ni... ;-)

BaytulFareed

7 comments:

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

Terjaaaahh!!~

Anonymous said...

Ni bhaya nie..bwa moto, kepala pikiaq kot lain. huhu..ada msa lajak la ke s.alam ni.

ang letak tag psal israel byk2. nnti org akan masuk blog ang. letak gmbar2 psal palestin. mgkin klau rezki org israel akn dtg jenguk. gitu? hehe..

Azraai Ahmad said...

To Mujahid Hasanuddin:
Edisi Terjah ditangguhkan sementara sebab kita serahkan tugas tersebut kepada Terjah(.)Com

TO fiquer:
lebih kurang gitula, hehe...
bila nak mai gombak ni? panjat bukit ka mandi manda ka?

marwan_amz said...

Azraie dan Israel? Mungkinkah?

Azraai Ahmad said...

To Marwan:
Hmm...anta jgn buat spekulasi pulok...
Azraai dan Israel takkan mungkin besekongkol!

zahidzuhri said...

hoho...nanti ana nak letak jet pejuang israel kat blog ana,haha

Anonymous said...

awal yang baik

Related Posts with Thumbnails