About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Friday, April 10, 2009

Edisi Bosan: Jom Berhibur!



Bosan!!!

Mengapa perkataan ini wujud dalam hidup kita? Biasanya perasaan ini wujud tatkala kita berada dalam keadaan terlalu ‘lapang’ sehinggakan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Juga, apabila kita melakukan perkara yang sama setiap hari, perasaan bosan mula menjelma.

Saidina Ali RA pernah berkata;

"Sesungguhnya hati itu boleh bosan seperti badan. Oleh kerana itu carilah segi-segi kebijaksanaan demi kepentingan hati."

Jadi, bagaimana kita mengatasi perasaan ini? Ya, ramai daripada kita akan BERHIBUR! Ada yang menonton wayang, bermain games, melayari internet, melepak dan berbual-bual kosong…

Dalam Islam, apa saja yang kita lakukan dicatat dan dinilai oleh Allah SWT. Jika perbuatan yang baik, kita akan mendapat pahala, dan sebaliknya akan mendapat dosa. Jadi, bagaimanakah kita dapat menghilangkan kebosanan kita sekaligus mendapat pahala?

Berhibur sebagai ibadah?

Nabi Muhammad SAW adalah seorang manusia yang paling ideal untuk kita contohi. Apa sahaja yang dilakukan oleh baginda, dinamakan sunnah. Dan jika kita ikuti pula sunnah baginda, kita akan mendapat pahala! Jadi, bagaimanakah cara berhibur Nabi agar dapat kita ikuti, di samping dapat 'release tension' juga memperoleh pahala!

1. Bergurau Senda

Rasulullah SAW bergaul mesra dengan semua orang, dan bergurau senda dengan mereka. Suatu hari seorang wanita tua datang kepada baginda dan berkata; “Ya Rasulullah, naikkan aku ke atas unta.” Jawab baginda; “Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta.” “Ia tidak akan larat!” kata wanita tersebut. “Tidak, aku naikkan engkau ke atas anak unta juga.” “Ia tidak akan larat.”Jawab wanita itu lagi. Para sahabat yang berada di situ berkata; “Bukankah unta itu juga anak kepada unta!”

2. Beriadah dan Beraktiviti Fizikal

Rasulullah SAW bersabda; “Allah menyukai Mukmin yang kuat lebih daripada Mukmin yang lemah.” Baginda merupakan seorang yang suka melakukan aktiviti luar seperti menunggang kuda, berenang, dan memanah. Baginda juga, seringkali berlumba lari dengan isterinya, Aisyah RA. Malah, baginda pernah bergusti (friendly) dengan sahabat, dan sudah pasti memenanginya.

Namun, hendaklah dipastikan niat melakukannya adalah untuk kesihatan agar dapat beribadah dengan baik. Juga aktiviti yang dilakukan tidak dalam keadaan suasana maksiat.

3. Syair dan Nyanyian

Telinga manusia sukakan kemerduan dan kesyahduan bunyi. Di zaman Rasulullah SAW, terdapat sahabat yang terkenal dengan bakat syair mereka. Bakat ini digunakan untuk memuji Allah SWT dan menaikkan semangat jihad ketika peperangan. Ketika orang kafir bersyair menghina Islam dan Nabi, merekalah yang keterhadapan membantah dengan syair-syair mereka.

Aisyah RA pernah mendengar nyanyian dua orang gadis di rumah baginda SAW semasa hari raya. Para sahabat juga bernasyid beramai-ramai ketika sedang menggali parit Perang Khandak. Serta baginda pernah membawa Aisyah melihat tarian dua hamba Habsyi.

Islam telah metetapkan garis-garis panduan dalam nyanyian iaitu;

i) Tidak mengandungi perkara yang haram seperti – lirik berbaur maksiat, syirik, tidak mennutup aurat dan pergaulan bebas

ii) Tidak melalaikan perkara yang wajib seperti – tertinggal solat

iii) Tidak mengandungi unsur-unsur penganut agama lain dan mempromosikan akhlak-akhlak yang keji

iv) Alat muzik adalah harus kecuali ada sebab yang mengharamkannya (memudaratkan pendengar).

So, don't be so gloomy my friend. Let's enjoy your life like our beloved Prophet did!

Wallahu a'lam...

p/s:- Ditujukan khas buat sape2 yang boring tahap maximas ataupun stress dengan ujians yang melanda...

BaytulFareed

2 comments:

Anonymous said...

bosan2 jom p camping. bla mau tawan gunung?

zahidzuhri said...

semakin indah rasanya islam ini...sapa tak join kita memang rugi laa...heheh...

PS: baru ada kesempatan nak drop comment ;p

Related Posts with Thumbnails