About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Saturday, April 18, 2009

OBAMA - CIA tidak boleh didakwa




WASHINGTON 17 April - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam, memberi kuasa kekebalan daripada pendakwaan kepada para pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menggunakan teknik penyeksaan semasa menyoal siasat suspek pengganas dalam 'perang menentang keganasan' semasa era bekas Presiden George W. Bush.

Obama bagaimanapun, menyiarkan memo-memo yang dengan jelas dan terperinci menggambarkan kaedah-kaedah keras yang diluluskan oleh Bush.


Dalam dokumen berkenaan, pegawai undang-undang pentadbiran Bush mendakwa taktik-taktik yang telah ditolak oleh Obama itu, seperti waterboarding yang membuat tahanan berasa lemas, menampar muka, penggunaan serangga untuk menakutkan tahanan dan menghalang tahanan daripada tidur, bukanlah penyeksaan.


"Sekarang ini adalah masa untuk melakukan renungan, bukan untuk membalas dendam."

"Kita telah menempuh satu babak hitam dan perit dalam sejarah kita."


Namun, ketika kita menghadapi cabaran amat besar dan perpecahan yang membimbangkan, tidak ada faedahnya menghabiskan masa dan tenaga kita menyalahkan sesiapa kerana kesilapan masa lalu," kata Obama.


Empat memo berkenaan memberikan gambaran menggemparkan mengenai program soal siasat rahsia yang dijalankan oleh CIA selepas serangan 11 September 2001.


Pengkritik telah mengecam kaedah yang digunakan dalam program itu sebagai penyeksaan dan Obama berpendapat ia telah menjejaskan kredibiliti AS dari segi moral.


Memo tersebut mendedahkan penggunaan kaedah-kaedah untuk menyoal siasat suspek pengganas al-Qaeda seperti memanipulasi diet, membogelkan suspek, menampar muka dan perut suspek, dan mengurungkan suspek dalam kedudukan yang menyebabkan tekanan.


Pertubuhan hak asasi manusia menyuarakan rasa kesal dengan keputusan Obama untuk melindungi penyiasat CIA daripada pendakwaan.


"Jabatan Kehakiman nampaknya menawarkan kebebasan daripada penjara kepada individu yang pada pendapat Peguam Negara AS, Eric Holder sendiri terlibat melakukan perbuatan penyeksaan," kata pengarah eksekutif Amnesty International, Larry Cox.


Center for Constitutional Rights menyifatkan kekebalan bagi pegawai itu sebagai 'satu tindakan paling mengecewakan yang diambil oleh pentadbiran Obama'.


"Pegawai kerajaan melanggar undang-undang yang sangat berat. Disebabkan mereka tidak menanggung akibatnya, sistem keadilan kita bukan sahaja boleh dipertikaikan tetapi pintu terbuka untuk perkara itu berulang," katanya. - AFP


Sumber:- Utusan Malaysia Online


p/s:- tiada harapan boleh disandarkan pada seorang pemimpin Amerika untuk memakmurkan dunia ini...


BaytulFareed

No comments:

Related Posts with Thumbnails