About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Thursday, February 26, 2009

Murabbi Wa Erai!


Saya mendapat idea untuk menulis artikel ini selepas menonton sebuah drama Jepun yang bertajuk "Sensei Wa Erai" ataupun yang bermaksud "Teachers are Awesome!"

"Hikmah itu barang berharga orang Mukmin yang hilang, di mana sahaja dia menemuinya maka dialah yang lebih berhak terhadapnya." (HR At Tirmidzi dan Ibnu Majah)

"Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar." (Al Baqarah 2:269)

Sensei Wa Erai



Drama sejam setengah ini mengisahkan 3 orang pelajar lelaki di sebuah "Public Junior High School" iaitu Matsuki Souta, Umeno Wataru dan Takekura Rin. Cerita bermula apabila mereka mendapati guru kelas mereka, Uzaki Kenya adalah seorang yang menjengkelkan sehingga digelar sebagai Uza-ken ("annoying").

Setelah berjumpa dengan kawan lama Souta, iaitu Guunjou Hayato yang kini belajar di sebuah sekolah swasta dan menceritakan kehebatan guru-guru di situ, mereka bertiga berazam untuk mengubah guru kelas mereka menjadi lebih hebat lagi. Mereka berjumpa dengan guru mereka dan memintanya berubah menjadi lebih baik. Tetapi guru mereka menjawab;




"If you think I'm not a good teacher, then change me into a good teacher! You will!"

Dipendekkan cerita, mereka mula merasakan perubahan-perubahan. Souta mula rasa faham pelajaran Bahasa Inggeris yang diajarkan oleh Uza-ken dan mendapat 20% markah (sebelum itu 1%). Wataru yang termotivasi oleh kata-kata Uza-ken bertekad menyertai pertandingan maraton walaupun dengan fizikal yang lemah. Rin yang susah mengeluarkan kata-kata yang terpendam di dalam hati, kini berjaya meluahkannya.

Ketika menyatakan perubahan yang berlaku kepada guru mereka, Uza-ken berkata;

"But, I haven't yet. I haven't put a single bit of effort in changing. Didn't tell you to change me? You guys should be putting in the effort, not me!"

Kemudian, guru mereka dimasukkan ke hospital di atas penyakit yang dideritainya sekian lama. Setelah itulah ketiga mereka baru menyedari bahawa yang berubah sebenarnya adalah diri mereka sendiri. Mereka sebelum itu memandang rendah Uza-ken dan menjengkelkan,Tapi kerana ingin mengubah Uza-ken mereka mula memberi perhatian ketika dia mengajar serta memerhatikan nasihat dan pandangannya.

Pengakhiran cerita ini agak sedih apabila Uza-ken meninggal disebabkan penyakitnya. 'Scene' yang agak menyentuh hati apabila Souta membawa kertas peperiksaan Bahasa Inggerisnya yang mendapat 100% di depan mayat Uza-ken.

Sebaris kata-kata Uza-ken yang saya rasa baik dinukilkan di sini;



"Students can't choose their teacher. Even they are able to choose their schools, they can't choose their teacher. Remember, no matter what kind of teacher you meet in the future, don't forget what you have learned."

"Teachers are Awesome!" - Semua guru adalah HEBAT!

Murabbi Wa Erai

"Setiap orang yang hebat, dia mesti mempunyai seorang Murabbi!"

Ungkapan di atas pernah diungkapkan oleh salah seorang Murabbi saya yang sampai kini masih menjadi pegangan saya. Ye la, sesiapun yang menjadi hebat dan orang terkenal di dunia ini mesti mempunyai seorang atau lebih mentor atau 'spiritual guider'nya.

Siapalah Uzumaki Naruto, jika tiada Iruka, Kakkashi dan Jiraiya (para 'murabbi'nya) sehingga kini telah menjadi seorang 'sage'?

Cuma, kadang-kadang setelah mempunyai beberapa orang Murabbi, seseorang akan cenderung untuk membanding-bandingkan di antara mereka. Jika murabbi sekarang lebih 'hebat' daripada murabbi sebelumnya mungkin tidak menjadi persoalan, tetapi bagaimana jika sebaliknya?

Maka, di sinilah peranan 'ibrah yang dapat diambil daripada drama di atas! Kadang-kala kita terlupa bahawa setiap murabbi itu ada 'pemberat' kelebihan masing-masing. Di samping itu juga, murabbi sebagai seorang manusia mempunyai sisi-sisi manusiawi yang tidak dapat tidak akan mempengaruhi peranannya!

Pengalaman Diri untuk Dikongsi Bersama

Setakat ini saya dianugerahi beberapa orang murabbi yang HEBAT2x!

Pertama;
Masih muda dan seorang yang sangat bersemangat. Saya banyak belajar 'skill' nak 'redah' jalan-jalan dakwah ini daripada beliau. Sedar hakikat 'survivor' dalam dakwah dan tarbiyah. Tapi, mungkin sebab 'hamasah' orang muda, kadang-kadang pakai redah je pun susah juga kan? (Peace2x No War!!). Saya sempat bersama dengan beliau lebih kurang 6 bulan.

Kedua;
Murabbi saya yang paling lama. Lebih kurang 2 tahun dengan beliau. Baru masuk usia 29 tahun semalam (25 Feb). Saya banyak belajar cara mengatur urusan hidup, tarbiyah dan dakwah daripada beliau. Selalu belanja makan dekat mahallah Faruq dan Sidiq. Seorang yang sangat berhikmah dalam mentarbiyah.

Ketiga;
Umurnya sudah 30-an, tapi jiwa masih 'remaja!' Saya belajar untuk 'March or Die! daripada beliau. Kelebihan utama beliau adalah kejayaan beliau mengembalikan keadaan yang 'stress' (disebabkan suatu 'musykilah') menjadi ceria semula. Segala taujih dan tausyiah beliau mengenai sasaran sanubari dan terasa seperti ditampar/ditempeleng ketika mendengarnya. :D Lebih kurang setahun dengan beliau.

Keempat;
Murabbi sekarang. Seorang daripada katogeri 'syuyukh'. Beliau penuh dengan Hikmah Orang Tua dalam mentarbiyah. Umur beliau yang lebih separuh diwakafkan kepada dakwah ini sahaja sudah satu kekaguman! Jika nak dibandingkan dengan saya yang setahun jagung ini, malah tidak pasti setakat mana akan terus tsabat. Sentiasa 'cool' walaupun badai menimpa. Masih mentarbiyah saya sehingga kini...

Mengutip kembali kata-kata seorang Akh;

"Kita tidak boleh memilih siapa Murabbi kita, tapi kita boleh memilih siapa Mutarabbi kita."

Jika kita terasa kekurangan yang ada pada Murabbi kita sekarang, lihatlah sisi positif dan kelebihan mereka. Perhatikan hikmah-hikmah yang mereka ada dan kutiplah mutiara-mutiara pengalaman dakwah mereka.

Lalu, usahakanlah untuk menyampaikannya kepada mutarabbi2 kita.

Akhir coretan...

Murabbi Wa Erai! Semua Murabbi HEBAT!

p/s:

- artikel ini juga ditujukan khas buat para Murabbiyah

(Semua Murabiyyah pun HEBAT!)

BaytulFreed

11 comments:

along Nazirah said...

Jepun banyak kuarkan cerita-cerita pasal cikgu, pasal sekolah yang boleh diambil ibrahnye.. Bagus..bagus.. (Sebab tu suka sangat tengok cite Jepun kot..)

Azraai Ahmad said...

Komen seorang SENSEI...Teruskan usaha murni anda mendidik anak bangsa...

mas syarep said...

mantop akhi..mmg sesuai utk sape2 yg asik2 tertukor murobbi ni..ntum dah melalui 4 "hokage" ek..hehe

tapi mmg ar hokage yg ke-3 tu..mmg suka "menempeleng/menampar/menyepak" dgn kata2..hehe..sabo jelah..

jelous ana dgn ntum..sempat aje nk tgk cite2 jepun ni..ade byk lagi cite2 jepun yg menarik..cube tgk cite "bambino" plak..tu pun bole di ambil 'ibrah utk mutarobbi yg nk "speeding" ni..tp ana plak xberkesempatan..

Pembantu Makmal wa Erai!!!!hehe

Azraai Ahmad said...

mas, ntum jgn tambah lebih2 ttg 'the 3rd hokage' tu, beliau slalu memantau tuh...

Sensei wa Erai ni bukan 'series' pun, 1 1/2 jam je.

Tapi, jgn la selalu layan sgt movies...nanti jadi mcm DAIE dan MOVIES! (Peace2x No WAR)

zahidzuhri said...

Heheh...mantop la bro,I give 10 thumbs up! (padahal ada 4 jer termasuk ibu jari kaki :p )

Anonymous said...

hmm.. ana teringat kata2 seorang al akh ni..

faktor kejayaan dakwah ada 4
-murobbi
-mutarabbi
-manhaj d gunakan
-kondisi sekeliling

kata2 al akh itu:\
"kalo murobbi kita kurang baik, kita cuba menjadi mutarobbi terbaik, tampung titik2 kelemahan murobbi kita itu..."

Anonymous said...

ulasan yang hebat!

saya cuba cari cerita tu nanti =D

xdapat disangkal lagi peranan murabbi dalam kehidupan ni. tambah2 lagi bila mengenangkan puisi usman awang tu =)

mas syarep said...

ops..hokage the 3rd memantau2 ek?abes ar..hehe..go go go murobbi!!

MS Rizal said...

Entri yang baik Murobbi ku (",)

Anonymous said...

Eh.. bro...tak silap Hokage anta yg kedua tu tahun ni dah masuk 30 tahun dah lar... Dia dok tunggu jugak hadiah dari enta hihihi

Azree Hanifiah said...

Murabbi ketiga tu jangan dibuat main-main.

Related Posts with Thumbnails