About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Wednesday, February 11, 2009

The Best Smiles Ever!

Senyuman kepuasan jelas terukir di bibir para syuhada' Gaza yang tidak sabar-sabar bertemu Kekasih mereka.











"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (Ali Imran 3:169)

"Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." (Ali Imran 3:171)

Daripada Ubadah bin Shomit katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu akan mendapat 7 ganjaran iaitu :

1. Mendapat keampunan pada permulaan darahnya memancar keluar
2. Melihat tempat duduknya di Syurga
3. Dihiasi dengan hiasan iman
4. Dikahwinkan dengan bidadari Syurga
5. Dilindungi daripada seksa kubur
6. Diamankan daripada kedahsyatan hari qiamat
7. Dipakaikan mahkota kehormat di atas kepalanya di mana satu mutiara daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta diizinkan pula memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya."

- Dikeluarkan oleh imam Ahmad, Al-Bazzar dan At-Thabarani

Sumber foto: Blog Ustaz Nasruddin Tantawi

Al Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina!

BaytulFareed

No comments:

Related Posts with Thumbnails