About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Thursday, November 5, 2009

Edisi Hari Lahir: Dah 24 atau Baru 24?!


Dah 24 tahun.

Hari ni 5 November 2009, aku dah masuk 24 tahun. Walaupun agak lambat (bulan 11), tapi syukur kerana Allah berkenan memberikan 24 tahun kehidupan yang begitu bermakna ini.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang 'wish' kat aku samada melalui SMS, YM atau 'Facebook'. Terima kasih banyak-banyak kerana masih ingat kat aku nih.

Hai, dah 24 tahun! Cepat betul masa berlalu kan. Sedar tak sedar dah nak masuk Jubli Perak dah (25 tahun) tahun depan...

Di sini aku kutip SMS daripada salah seorang Murabbiku pagi tadi:

"Mg umur yg makin dewasa m'ajar anta erti kehidupan. Kehidupan sbg seorg muslim yg da'ie. Mati Dakwah, mati juga 'Kehidupan'. Slmt 24 tahun."

Jazakallah Murabbiku! Peringatan yang sangat bermakna buat aku!

Kecik-kecik dulu, budak-budak kampung panggil aku dengan panggilan "Da'ie" singkatan dari "Azraai". Waktu tu panggilan tu tak ada erti apa-apa kat aku. Tapi, sekarang panggilan itu sangat bermakna bagiku, malah satu anugerah agung jika dapat terus disebut begitu!

Soalan paling 'femes'

Mula Hari Raya lepas sampai sekarang ni, soalan Cepu Emas yang paling kerap dan tak larat nak jawab ialah tak lain tak bukan pasal KAWEN!

Kalau ziarah orang-orang tua kat kampung waktu raya tu, ada yang siap cakap macam ni lagi;

"Hai tak tau la Tuk ni (semua orang tua di kampung tu adalah nenek/datuk aku), dan (sempat) ka tak sampai kenduri hang tu..."

Adoi, tak boleh blah betul perang psikologi dia tu!

Mak aku pun dah mula terbuka untuk bincang pasal soal-soal hati ni. Dulu tak pernah pulak Si Anak Lelaki sorang ni dengan Ibundanya bercerita pasal benda-benda 'tersebut'.

"Umur dia ni, kalau kawen dah dapat anak dah!" Kata beliau ketika 'bermesyuarat' dengan para ibu-ibuku jiran sekampung. Hai, terasa macam dah tua sangat dah la pulak...Ishk...ishk...

Actually, dia ada berkenan dengan 'seorang' kawan aku ni! Tambah-tambah ada pulak yang tukang 'recommend'kan... Tapi, aku la pulak rasa orang yang di'recommend'kan tu hebat sangat! Mana padan dengan aku ni yang "tiada rupa tiada harta, harta sekadar basikal tua"? Hehe... teringat lirik lagu Sudirman la pulak.

Dan baru-baru ni aku dapat tahu 'orang' tu akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni! Alhamdulillah! Mabruk2x! Dengan orang yang mantop jugak! Mak aku sedikit 'frust'... Tapi jangan risau, aku dah pujuk dah... Don't worry Mom, Be Happy!

Hai, tak habis dengan tu... Sampai anak-anak sepupu aku pun dengan bersungguh-sungguhnya mendaftarkan calon masing-masing... Hai.... Apa nak jadi.... Sampai sekarang tak kawen lagii...! Haha, teringat lagu S.M Salim pulak.


Soalnya siapa?

Haa, ni 'part' paling 'crucial' dalam tulisan berani mati aku ni. Jawapannya ialah...kita sambung selepas iklan ini! Haha...lawak2x...

Ok, serius2x.

Entah lah aku pun tak tau sapa... Entah dah pernah jumpa atau belum. Bukan takda yang berkenan di hati. Ramai je yang hebat-hebat dan mantop-mantop! Tapi aku teringat pesan Mak aku. Ni kira standrd ISO dia la...

"Bila kita kawen, kita bukan setakat kawen dengan pasangan kita. Tapi kita jugak kawen dengan keluarga pasangan kita. Hang, kalau nak cari bini, carilah yang bukan setakat dapat terima hang, tapi dapat terima keluarga kita!"

Itulah nasihat beliau pada aku. Lama dah ni. Waktu tu tengah syura pasal pernikahan kak aku... Dua tahun lepas kalau tak salah... Pesanan ni akan aku pegang selamanya, Insyaallah!

Aku dan Kedewasaan

Dulu, ketika tingkatan 5 di sekolah menengah aku rasa sudah dewasa! Dah boleh berfikir secara matang dan rasional kononnya. Tapi, balik-balik banyak tindakan waktu itu mencerminkan kecetekan akal. Terima kasih banyak pada para guru, ustaz dan ustazah di SMKAB yang banyak membantu aku mengenali diri dan mewarnai kehidupan waktu itu. Jazakumullah khair jaza'.

Selepas habis sekolah, rasa dah matang jugak. Tapi, masih banyak kesalahan dan kesilapan yang yang ditempuh sepanjang perjalanan. Kegagalan dan kejayaan silih berganti. Terima kasih para Murabbiku yang senantiasa sabar dan teguh dalam mentarbiyah dan mendidik aku! Juga para ikhwah yang selalu di samping ketika susah dan senang! Tidak lupa rakan-rakan SMKAB yang masih erat persahabatan kita. Jazakumullah khair jaza'.

Di usia 24 tahun ini...

Aku masih belajar erti menghambakan diri kepada Allah SWT.

Aku masih menyelami erti dakwah dan tarbiyah yang sedang aku geluti.

Aku masih berusaha menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibubapa.

Aku masih belajar berperanan sebagai seorang adik/abang kepada kakak/adik.

Aku masih bertatih mentarbiyah dan mendidik mutarabi2ku.

Aku masih menanti siapakah 'insan' yang ditakdirkan menemani perjalanan hidup ini.

Aku masih menunggu bilakah saatnya diri ini akan dijemput mengadap-Nya!

"Alhamdulillah. Segala puja dan puji hanyalah kepada-Mu Ya Allah. Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan. Aku bersyukur kepada-Mu di atas segala kurnia yang telah Engkau berikan selama 24 tahun kehidupan ini! Atas anugerah Islam dan Iman. Juga atas perkenan-Mu memasukkan namaku dalam baris panjang orang-orang yang ingin membawa diri dan umat ini kepada-Mu!"

Wallahu a'lam...

p/s:- Sori kalau entri kali ni macam luahan perasan sikit. Mungkin inilah jiwa orang 24 tahun...hoho! Go! Go! Go!

BaytulFareed

2 comments:

akh fadil said...

wahhhh..dah umur 24 tahun!..hepi birthday..moga terus menjadi-jadi..

Anonymous said...

"Juga atas perkenan-Mu memasukkan namaku dalam baris panjang orang-orang yang ingin membawa diri dan umat ini kepada-Mi!"
Ameen.
Jazakallah for this beautiful reminder.

Related Posts with Thumbnails