About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Wednesday, November 25, 2009

Edisi MCQ '09: Formula Kebangkitan Semangat Juang!

Baru balik dari 'Muslim Combat Quest 2009" (MCQ '09). Seperti biasa, memang penatlah dua tiga hari lepas tu. Sesungguhnya program 4 hari ini memberi momentum yang luar biasa kepada pada peserta insyaallah.

Kebangkitan semangat juang dirasai, dan semangat juang membuak-buak untuk lebih agresif dan melaju melanglang buana di medan dakwah ini!

Mungkin MCQ '09 ini memenuhi formula kebangkitan semangat yang telah digariskan? Wallahu a'lam. Mari kita cuba buktikan.

Formula 1:

Daya = Jisim x Pecutan (F=ma)

Jika m = individu; a = Tarbiyah; dan F = Harakah/Pergerakan

Maka, kuantiti dan kualiti 'pergerakan' seseorang individu bergantung kepada kuantiti dan kualiti Tarbiyah yang dikenakan padanya.

Formula 2:

Halaju Akhir = Halaju Awal + (Pecutan x Sela Masa) (v = u + at)

Jika v = Halaju Pergerakan Tarbiyah Final; u = Halaju Pergerakan Tarbiyah Awal; a = Tarbiyah; t = Sela Masa Tarbiyah

Maka, lajunya 'pergerakan' dakwah seorang individu bersamaan dengan laju 'pergerakan' dakwah tarbiyahnya sekarang ditambah dengan kuantiti Tarbiyah di sela masa yang tertentu.

Formula 3:

Momentum = Jisim x Halaju (p = mv)

Jika p = Semangat Juang; m = individu; v = Halaju Pergerakan Tarbiyah;

Maka, semangat juang seseorang di dalam Dakwah dan Tarbiyah ini bergantung kepada Halaju Pergerakan Tarbiyah yang ditempuhinya. Yang mana, jika kita memasukkan Formula 1 dan Formula 2 ke dalam Formula 3, kita akan mendapati bahawa:

Semangat Juang individu sangat bergantung terhadap kekuatan potensinya sendiri bergandingan dengan kualiti serta kuantiti Tarbiyah yang dilaluinya di sela masa tertentu.

Kesimpulan:

1. MCQ '09 menghimpunkan para individu ikhwah dan akhwat yang semestinya mempunyai potensi diri yang besar.

2. 'Nature' program yang berorientasikan Tarbiyah Jasadiyah, Fikriyah dan Ruhiyah memberikan kuantiti dan kualiti kepada para peserta.

3. Peserta berkem selama 4 hari. Suatu sela masa yang lama. Memungkinkan berlakunya interaksi yang intensif dengan para murabbi/ah, dan Tarbiyah itu sendiri.

4. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, tidak hairanlah jika semangat dan hamasah menjulang tinggi selepas selesai MCQ '09!

Betul ke apa yang aku merepek ni...? \(^___^)/

Hehe, apapun layan je la ye! Wallahu a'lam...

Untuk video program sila lihat di SINI

Selamat Menyambut 'Idul Adha!

BaytulFareed

2 comments:

keretasorong said...

V = IR

Selamat Menyambut 'Idul Adha!

Selamat Berkorban dan Terkorban..


^_^

marwan_amz said...

pening kepala bile tengok formula fizik yg ditules, padanler masuk law pun, adeh....

Related Posts with Thumbnails