About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Tuesday, April 5, 2011

Kawan, Kenapa Berkira dengan Allah?


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Apa khabar para pembaca sekalian? Semoga semuanya berada dalam keadaan iman yang menyegar dan jasad yang membugar, juga diharapkan sentiasa mendapat keberkahan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Entri kali ini merupakan pengubat gian menulis yang dah agak lama ditinggalkan. Bukan tidak mahu menulis sebenarnya, malah banyak ilham yang ada. Tapi, mungkin komitmen yang semakin banyak sekarang ni menuntut masa, buah fikiran dan tenaga...

Apapun, selamat membaca entri kali ini. Moga jadi pencetus untuk saya terus iltizam menulis di masa hadapan.

Lintasan-lintasan Hati

Pernah tak terdetik dalam hati kita lintasan-lintasan di bawah ni?

"Tak payahlah pergi Daurah minggu ni. Bukan ke aku dah pegi Halaqah, cukupla tuh! Aku nak jugak masa untuk hiburkan diri..."

"Eh, tabung infaq apa pulak ni? Tadi kan aku dah isi... Bulan ni PC Fair, kena simpan duit!"

"Apa, yuran program sampai RM30? Nyesal aku datang, ingatkan free tadi..."

"Nak pegi tak mukhayyam minggu ni ek? 3 hari tu... Kalau tak pegi, banyak keja boleh buat!"

"Hai, malam-malam minggu ni la nak buat Qiam! Aku baru je nak rehat-rehat atas katil yang empuk ni sambil layan movie..."

Familiar kan? Wallahu a'lam untuk orang lain, tapi bagi saya memang biasa terlintas hal-hal ini dalam hati. Seringkali berlaku pertembungan di antara Hak Allah dan "Hak Diri" sendiri. 

Berkira dengan Allah

Selalu saja kita berkira tentang masa, harta dan tenaga yang akan "dibazirkan" kepada Allah...

Takut sangat akan "kerugian" yang menanti jika 2 jam berharga kita tu dihabiskan dengan berdiskusi  untuk meningkatkan kefahaman tentang Ad-Din Al-Islam. Sedangkan kita boleh buat benda-benda lain yang lebih "bermanfaat"...

Rasulullah SAW bersabda:  

"Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepadanya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din." (HR Bukhari dan Muslim)

Mungkin kebaikan yang Allah nak bagi tu masih sedikit berbanding "manfaat" yang kita dapat dengan berborak-borak kosong bersama rakan-rakan sebilik...

Takut sangat akan "kerugian" yang menanti jika RM10 berharga kita tu diberikan secara percuma kepada  tabung Palestin. Terasa rugi yang teramat sangat, RM30 yang akan "dihamburkan" untuk membiaya program-program peningkatan Iman dan Kefahaman tentang Islam.

Firman Allah SWT:

"...Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Al-Anfal 8: 60)

Mungkin balasan daripada Allah SWT yang Maha Kaya dan Memiliki segala di langit dan di bumi itu masih belum "cukup" untuk membalas RM10-30 kita tu...

Takut sangat akan "kerugian" yang menanti jika tubuh badan kita ni dipenatkan dengan solat tahajjud. Rugi la kalau mata kita ni dijegilkan untuk menatap Al-Quran. Rugilah kalau mulut kita ni disibukkan dengan tilawah dan zikir kepada Allah. 

Firman Allah SWT:

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As-Sajdah 32: 19)

Mungkin syurga Allah SWT itu masih "belum mampu" menandingi tilam empuk dan kedinginan bilik tidur kita.

Rugi sangat la jika akal fikiran kita yang intelektual ni dipenuhkan dengan perancangan untuk mengajak manusia kepada Allah dan memartabatkan Islam!

Firman Allah SWT:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" (Fushilat 41: 33)

Siapa Kita Ni?

Kita sangat berkira dengan Allah SWT tentang tubuh badan, masa dan harta. Tapi, pernahkan terfikir siapa kita tanpa Allah SWT?

Hayatilah firman-firman Allah SWT ini:

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (An-Nahl 16: 78)

"Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Ibrahim 14: 34)

"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al-Isra' 17: 70)

Subhanallah... 

Betapa Pemurahnya Allah SWT kerana telah memberikan terlalu banyak nikmat-Nya kepada kita. Semuanya diberikan tanpa berkira sedikit pun... Hatta orang-orang kafir dan musuh-musuh Allah pun masih diberikan rezeki dan nikmat.

Ingatlah kawan, tubuh badanmu Allah SWT yang mencipta dan membentuknya. Harta dan wang ringgit di dalam poketmu itu pun Allah SWT yang kurniakan. Malah, masa yang dibakhilkan itu pun Dia yang ciptakan...

Kesimpulan.

Moga kita semua dijauhkan oleh Allah SWT daripada sikap suka berkira dengan-Nya...

Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." (As-Saf 61: 10-11)

Wallahu a'lam.

Seri Gombak

2 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

tak pernah ada kerugian dlm setiap amal menuju syurga. mungkin ada rasa malas dan sebagainya. tetapi firtahlah, bukankah nilai Jannah itu mahal? maka perlu ada pengorbanan. :)

kahfi8 said...

tapi syaitan ni licik.

kalau jenis yang addict ke program, atau addict menginfaq, sampai lepas tu menyusahkan diri sendiri, bagaimana pula tu?

sometimes terjadi antara kita..

maybe tak ramai yang camni la kot.

Related Posts with Thumbnails