About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Saturday, August 1, 2009

Ketika Keikhlasan Teruji!

Assalamualaikum...

Diiring salam rindu pada semua pembaca blog ni!

Lama jugak la blog ni bersawang, tak 'update'. Sebulan ni banyak pulak komitmen untuk dipenuhi dan diberi perhatian.

Habis je KONSIS 09, malam tu terus berjaulah ke Kuala Terengganu dan Kuantan pulak. Sambil makan angin dan tadabbur alam, alhamdulillah sempat diberi peluang untuk bertemu dengan 'orang-orang lama' dalam dakwah di sana.

Rumah Ustaz Zawawi, KT

Banyak input dan petua-petua yang didapati daripada mereka. Kadang-kadang bila berinteraksi dengan para pendahulu kita dalam dakwah ni, (setengahnya sudah lebih 20 tahun pun masih kukuh dengan Tarbiyah) terasa diri terlalu kerdil untuk bercerita tentang dakwah dan tarbiyah.

Bersama Pak Cik Husni dan Ustaz Syukri di Sekolah Al-Irsyad, Kuantan

Ye la, kita ni diibaratkan kanak-kanak yang bermain-main di tepian pantai. Sedangkan mereka sudah pun terjun dan berenang ke dasar untuk merasai sendiri kepenatan, keperitan dan kemanisan Tarbiyah dan Dakwah.

Balik Jaulah, terus demam! Mungkin disebabkan cuaca di Terengganu agak panas dan memang kebanyakan masa kami dihabiskan di tengah panas....tak silap 5 pantai kami dah pegi.

Empat lima hari jugak la terlantar di BF tu. Banyak juga la kerja tertangguh.

Lepas tu, balik Kedah pulak. Jumpa mak dan abah untuk 'renew' restu dan doa mereka. Terasa hilang segala bebanan tatkala melihat wajah bersih dan tenang mereka.

Baling-ku Permai

Teringat taujih Murabbi saya, 'The Third' tentang ibubapa (lebih kurang ye);

"Ibubapa kita ibarat benteng terakhir kita seorang da'i. Satu-satu masa, jika kita gagal atau menghadapi ujian merekalah tempat kita mengadu dan berteduh. Kerana merekalah orang yang paling memahami kita, darah daging mereka."

Disebabkan musim buah-buahan, tanpa menghiraukan batuk-batuk yang tersisa selepas demam, saya terus 'membaham' buah durian, rambutan, langsat, manggis, dokong dll yang begitu 'mengiur'kan itu.
"Fa iza maridhtu fa Hua yasyfi."

Datang balik ke Gombak, banyak pula 'meeting', syura dan 'online' untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh tadi. Alhamdulillah, kebanyakannya berjalan lancar dan tanpa banyak masalah. Terima kasih Allah!

Ketika Keikhlasan Teruji!

Cuma, kadang-kadang Allah nak uji perancangan kita dengan perancangan-Nya. Kita telah merancang sebaik mungkin untuk sesuatu perkara dan mengharapkan semuanya berjalan lancar.

Tapi, sebaliknya berlaku. Perancangan kita itu tertangguh, atau langsung tidak dapat disempurnakan. Kenapa ni? Kita nak buat benda baik pun macam-macam rintangan? Asyik tertunda je... Bila Islam nak menang ni?

Astaghfirullahal 'Azhim... Ya Allah, kami berlindung dari sebarang prasangka buruk kepada-Mu!

Ketika inilah keikhlasan diri teruji. Adakah kita selama ini mengharapkan sesuatu habuan dunia dalam beramal?

PASTI Allah Taala ada perancangan yang LEBIH BAIK untuk Ad-Din-Nya daripada perancangan kita yang serba kekurangan!

Allah membuka hati saya untuk membaca sebuah buku yang sangat menyentap diri ini. Sebuah buku karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi yang bertajuk "Fi-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas".

Tulis beliau (secara ringkasnya):

Bukti-bukti Penguat Ikhlas:

Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali, di antaranya adalah:

1. Takut Kemasyhuran
2. Menuduh Diri Sendiri
3. Beramal Secara Diam-diam, Jauh dari Liputan
4. Tidak Memerlukan Pujian, dan Tidak Tenggelam dalam Pujian
5. Tidak Kedekut Pujian terhadap Orang yang Layak Dipuji
6. Berbuat Selayaknya dalam Memimpin
7. Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia
8. Menjadikan Keredhaan dan Kemarahan kerana Allah, Bukan kerana Kepentingan Peribadi
9. Sabar Sepanjang Jalan
10. Berasa Senang Jika ada Yang Bergabung (dengan kita)
11. Rakus Terhadap Amal yang Bermanfaat
12. Menghindari 'Ujub
13. Peringatan Agar Membersihkan Diri

"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. (An-Nisa' 4:146)

Tersenyum lebar (mungkin agak Ikhlas) selepas 'membaham' sotong bakar kat rumah Pok nik semasa Jaulah tempohari...

Alhamdulillah kusyukuri semua...
Terima Kasih ku Ya Allah atas indahnya hidup...
Alhamdulillah kusyukuri semua...
Terima Kasih ku Ya Allah atas nikmat dalam hidupku...

Wallahu a'lam...

BaytulFareed

2 comments:

zahidzuhri said...

next trip, to SARAWAK! :D hehe

Azraai Ahmad said...

to zahidzuhri:

insyaallah, dah dijemput KENA pegi nih!

Related Posts with Thumbnails