About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Thursday, September 10, 2009

Nostalgia 10 Malam Terakhir


Alhamdulillah, sekali lagi Allah Taala memberikan kesempatan kepada aku untuk menikmati suasana 10 malam yang terakhir di Madrasah Tarbiyah Ramadhan.

Katakanlah aku mula puasa penuh dalam bulan Ramadhan waktu darjah 1 (7 tahun), jadi tahun ni sudah lebih kurang 17 kali aku menempuhi 10 malam terakhir ni. Selama 17 kali menempuh Ramadhan ni, hanya sejak akhir-akhir ini saja 10 malam yang terakhir menjadi begitu berhaga!

7 hingga 12 Tahun (Sekolah Rendah)

Waktu ni, bagi ku Ramadhan adalah waktu yang paling mencabar dan tidak dinantikan. Waktu mula-mula belajar puasa tu, bila tengahari menjelma je memang 'kelempeng' la perut aku. Ketidaklaratan tahap maksimum dan tidak dapat digambarkan keletihan yang dideritai. Sebijik la macam kartun "Upin dan Ipin: Episod Puasa" tu.

Tarawih pulak waktu berjumpa kembali dengan kawan-kawan sekolah di masjid. Kebanyakan budak-budak yang pergi masjid tu bukan nak tarawih pun. Bermain je kejanya! Disebabkan abah aku yang telah memberi 'warning' supaya solat jugak walaupun 8, maka aku hanya dapat menyertai kawan-kawan selepas habis 8...

10 malam terakhir bagiku ketika itu masa yang paling meriah! Mercun dan bunga api bertimbun dalam kotak. Sanggup naik basikal berkilometer sebab nak beli stok. Waktu ni ada la belajar buat bom sendiri. Ada beberapa versi yang aku boleh buat. Versi cucuh (kena nyalakan guna api) dan versi 'charge' (guna bateri dan wayar - lebih selamat ^-^).

Budak-budak kampung macam aku ni, kalau malam 27 likur tu tak sah la kalau tak pasang pelita buluh. Pagi-pagi lagi dah cari buluh dan tempurung kelapa. Buluh untuk buat pelita, dan tempurung kelapa pulak untuk dijadikan "obor" hehe...

13 Hingga 17 Tahun (Sekolah Menengah)

Ramadhan di asrama la kali ni. Meriah kot kat sekolah aku ni. Syahdu la pulak bila teringat sama-sama berzikir dengan kawan-kawan di Dewan Makan SMKAB sebelum berbuka. Tarawih pulak mestilah lebih berdisiplin. Hoho, mana ada 'can' nak main-main macam dulu masa Tarawih, lagipun dah besar sikit kan.

Masa bulan Ramadhan ni, pesta tidur-menidur secara besar-besaran di dalam kelas pun diistiyharkan! Kesian juga aku tengok cikgu-cikgi nak memastikan kami ni sentiasa 'jaga' dan memberi sepenuhnya penumpuan...hmm...besar pengorbanan mereka ni...

Waktu tingkatan 5, aku ambik SPM dalam bulan puasa! Memandangkan budak-budak lain takda, maka budak tingkatan 5 pun bermaharajalela (Satu sekolah kami punya! Hoho). Jadi, macam-macam peristawa pun berlaku la. Sampai tahap polis nak masuk asrama sebab ada 'member' aku buat 'gila' main meriam 'karbaid' dalam sekolah. ^-^

Ada juga peristiwa 'mistik' bila aku dengan Zaman (Pengerusi BADAR SMKAB) tidur kat surau Al-Muttaqin malam-malam. Budak sekolah aku mesti tahu bertapa 'keras'nya lantai dan dinding kat surau SMKAB tu... Hehe...

Apapun 10 malam terakhir aku ketika itu masih lagi kadar biasa-biasa aja. Belum ada lagi kerinduan luar biasa yang tumbuh kepada lailatulqadar. Kadang-kadang menanti juga lailatulqadar tu, tapi lebih kepada nak menyaksikan bagaimana pokok sujud ataupun air paip jadi beku...

19 Hingga 24 Tahun (Baru Kenal Dunia...)

Tidak dinafikan keluar dari kepompong disiplin di sekolah sangat mencabar bagi aku. Kita sudah bebas dari peraturan yang mencengkam. Mak Abah pun bukannya boleh memantau setiap saat kehidupan sekarang!

Suatu hari di bulan puasa, aku di'approach' oleh seorang 'senior' untuk join dia dalam iftar yang dianjurkan oleh 'Engenius' MCIIUM. Malah dia minta aku bagi tazkirah pulak masa tu. Semakin lama, makin rapat pulak dengan 'brother' tu, dan akhirnya aku terjebak juga ke lembah yang begitu menenangkan dan membahagiakan itu....

Kini, lebih kurang 5 tahun di dalam Tarbiyah ini, aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah setiap kali Ramadhan bertandang. Para murabbi tidak jemu-jemu untuk membangkitkan kerinduan setiap kali Ramadhan menjelma. Aku dididik untuk merasakan 'wangi-wangian' Ramadhan sejak bulan Rejab lagi.

Ramadhan betul-betul menjadi madrasah intensif. Al-Quran yang menjadi teman akrab bertambah-tambah lagi keakraban ketika Ramadhan. Suasana tadarus, mabit dan iktikaf menjadi aktiviti yang menyeronokan.

Waktu 10 malam terakhir perlumbaan mencari lailatulqadar semakin rancak. Kalau para ikhwah berjumpa tu, masing-masing menanyakan apakah merasai tanda-tanda untuk terjadinya lailatulqadar pada malam itu. Malam-malam ganjil di Masjid UIAM memang menyerlahkan suasana Pesta Ibadah. Selepas Tarawih, ada tadarus, lepas tadarus ada pengajian hadis, tafsir dan lain-lain. Boleh pilih mana-mana bahasa. Arab ada, Inggeris ada. Nusantara ataupun Urdu...

Malam ni, malam ke 21 Ramadhan! Insyallah, marilah kita sama-sama menghidupkan malam dengan ibadah dan pencarian lailatulqadar... Ayuh, jangan termasuk dalam orang-orang yang kerugian...

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada lailatulqadar. Dan tahukah kamu apakah lailatulqadar itu? Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadr 97:1-5)

BaytulFareed

No comments:

Related Posts with Thumbnails