Berjumpa semula selepas seminggu tak 'update' blog ni. Huhu...
Tajuk ini ditulis selepas saya terbaca suatu berita di www.bharian.com.my ;
"AS tayang filem hina Islam"
Kyl menjadi penaja majlis itu bagi Wilders, yang tidak dibenarkan memasuki Britain awal bulan ini selepas pegawai Britain berkata dia membawa ancaman kepada undang-undang awam.
Kementerian Dalam Negeri Britain enggan membenarkan Wilders memasuki negara itu berdasarkan alasan dia 'akan mengancam keselamatan masyarakat dan awam.'
Wilders mempertahankan diri daripada tuduhan 'berat sebelah' berhubung desakan sendiri untuk bebas bersuara tetapi pada masa sama mahu al-Quran diharamkan.
"Saya mahu al-Quran diharamkan. Di Belanda, kami mengharamkan Mein Kampf. Saya melihat perbandingan kedua-dua buku ini. Bukan hanya ia adalah ideologi pemerintahan satu parti politik tetapi kedua-duanya juga menghasut keganasan," katanya.
Tayangan itu ditutup untuk orang awam dan media dan cuma boleh ditonton oleh anggota Kongres.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090224221212/Article/index_html
p/s:-
- Dimanakah Obama yang diharapkan boleh memperbaiki salah-faham ke atas umat Islam di Amerika?
- Insyaallah saya akan menulis tentang Siapakah sebenarnya Barack Obama di lain 'post'.
- *Saya pernah menulis berkenaan kemungkinan kaitan bangunan Capitol dengan Zionis di Edisi Terjah: Yahudi di Malaysia?
BaytulFareed
No comments:
Post a Comment