About Me

My photo
Gombak, Malaysia
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selagi aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali." (Hud 11:88)

Monday, June 27, 2011

Tips Meningkatkan Reputasi dan Populariti


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah SWT, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Persaingan dan Penilaian.

Firman Allah SWT:

"(Dia-lah) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al-Mulk 67: 2)

Hidup kita di dunia ini penuh dengan persaingan dan penilaian. 

Para pelajar bersaing untuk mendapatkan penilaian terbaik dalam peperiksaan. Para pekerja bersaing untuk dinilai sebagai seorang yang berdedikasi oleh majikannya.

Parti-parti politik bersaing di antara satu sama lain untuk dinilai sebagai layak memerintah kerajaan. Jejaka-jejaka bersaing bersungguh-sungguh agar dinilai paling hebat dan layak memiliki hati si gadis pujaan.  

Friday, June 24, 2011

Tugas Kita Hanyalah Berdakwah, Kemenangan itu Anugerah-Nya

 

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Maha Pengasih, Maha Penyayang

Keperihatinan Seorang Sahabat

Diceritakan dalam Rahiq Makhtum, bahawa pada suatu hari, Khabbab bin al-Arat RA menemui Rasulullah SAW yang sedang berbantalkan kain di bawah lindungan Kaabah. 

Saat itu, umat Islam sedang menderita tekanan hebat oleh musyrikin Quraisy di Makkah. Dakwah yang dibawa Nabi SAW ditertawakan, umat Islam dicerca, dihina, malah ada yang diseksa dengan begitu dahsyat sekali. 

Abu Thalib dan Khadijah RA, dua orang pendamping setia Rasulullah SAW dalam perjuangan juga telah pergi meninggalkannya, tiada di dunia lagi. Dakwah Islam terasa suram, tidak bermaya.   

Khabbab RA mendekati Baginda SAW dan berkata: "Tidak bolehkah tuan meminta pertolongan Allah? Agar kita dimenangkan?"

Monday, May 9, 2011

Jika Dakwah Ini terasa Lesu, Tidak Bermaya...


Assalamualaikum, semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, zahir dan batin. 

Coretan ini bertujuan untuk memotivasi diri sendiri, dan syukurlah jika ia dijadikan manfaat oleh Allah SWT  bagi semua yang sudi membacanya.  

Tidak Kenal Kata Henti.

Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pernah berwasiat:

Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok.

Tuesday, April 5, 2011

Kawan, Kenapa Berkira dengan Allah?


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Apa khabar para pembaca sekalian? Semoga semuanya berada dalam keadaan iman yang menyegar dan jasad yang membugar, juga diharapkan sentiasa mendapat keberkahan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Entri kali ini merupakan pengubat gian menulis yang dah agak lama ditinggalkan. Bukan tidak mahu menulis sebenarnya, malah banyak ilham yang ada. Tapi, mungkin komitmen yang semakin banyak sekarang ni menuntut masa, buah fikiran dan tenaga...

Apapun, selamat membaca entri kali ini. Moga jadi pencetus untuk saya terus iltizam menulis di masa hadapan.

Saturday, October 16, 2010

Kita Muda Hanya Sekali


Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah beberapa lama kurang aktif 'ngeblog', Alhamdulillah diberikan kelapangan oleh Allah SWT untuk meneruskan hobi bermanfaat ini. Kelapangan ini adalah nikmat dari Allah SWT yang perlu diisi dengan Kehidupan. Ya, dengan perkara-perkara yang layak dinilai sebagai sebuah Kehidupan!

Firman Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul, apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi Kehidupan kepada kamu..." (Al-Anfal 8: 24)

Ayat di atas merupakan ayat 'favourite' murabbi saya The Third. Ayat ini selalu diulang-ulang oleh beliau di dalam Halaqah. Agar kami segera 'teruja' untuk menyambut apa saja seruan Allah dan Rasul yang pasti memberi Kehidupan yang sangat bermakna. 

Monday, August 9, 2010

Perutusan Presiden IKRAM Bersempena Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم ...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah SWT yang telah menyempurnakan agama-Nya  melengkapkan nikmat-Nya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-Qiamah, Amin!

Related Posts with Thumbnails