"Dalam PERGERAKAN itu terdapat KEHIDUPAN dan DIAM itu ciri-ciri bagi KEMATIAN."
Tambah beliau (mafhumnya), hanya dengan BERGERAK seseorang itu mampu terus HIDUP dan lebih baik MATI jika tidak mahu BERGERAK.
Taujih tersebut pernah mencetuskan semangat "March OR Die" @ "Mara ATAU Mati" di kalangan "ahlu Fraser" dan sangat memberi kesan terhadap kesungguhan dan keseriusan kami dalam beraktivisme.
Kata-kata Penyemangat
Tiada KEHIDUPAN tanpa PERGERAKAN.
Kerana PERGERAKAN itu umumnya melambangkan KEHIDUPAN.
Maka, BERLARIlah untuk terus HIDUP!
Kerana BERLARI itu kemuncak PERGERAKAN!
Al Waktu Hual HAYAH!
Waktu itu KEHIDUPAN.
Isilah ia dengan PERGERAKAN!
Semangat Yang Hilang
Kini, semakin lama semakin melunturlah semangat "March OR Die" dan berganti dengan banyak DIAM berbanding BERGERAK. Kalau bergerak pun, hanya mulut yang bergerak berceloteh dan bersyarah. Kalau bergerak pun, sekadar berjalan-berjalan dengan penuh kemalasan dan bukannya BERLARI penuh semangat. Kalau bergerak pun, ibarat paku dan tukul. Sekali diketuk, sekali bergerak. Penuh LONGLAI...
Jika berlari pun, selalu sangat semput-semput. 100 meter itupun dah lemah longlai. Janganlah mengharapkan 1500 meter. Nafas tidak lagi sepanjang nafas dahulu.
Mendaki Untuk Terus Hidup
Pertama kali mendaki Gunung Nuang 2 tahun lepas, banyak mengajar erti KEKUATAN yang sebenar. Ketika kudrat manusiawi ingin menyerah, maka ketika itulah hati meminta KEKUATAN daripada YANG MAHA KUAT.
Alhamdulillah, Tuhan Yang Maha KUAT memberi secuit KEKUATAN!
Ketika mendaki Bukit Tabur setahun lepas, salah seorang sahabat yang mengalami UJIAN ketika mendaki Gunung Nuang sebelumnya, menjadi orang yang paling terkehadapan dan mendahului pendaki-pendaki yang lain.
Apa maknanya ini? Maknanya, beliau terus mencari KEKUATAN dan menyimpannya sebagai STAMINA! Dengan STAMINA, nafas ini insyaAllah akan sentiasa panjang.
Erti Sebuah Kehidupan
Mari kita mentadabbur ayat di bawah!
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi KEHIDUPAN kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." (Al Anfal 8:24)
Tidakkan kita menjumpai bahawa terdapatnya sesuatu yang memberikan KEHIDUPAN di dalam setiap seruan Rasulullah SAW?
Adakah seruan lain yang dapat memberikan KEHIDUPAN yang serupa?
Maka, berlarilah terus kepada-Nya untuk menggapai sebuah keHIDUPan!
p/s:- banyak berkias pulak dalam entri kali...
BaytulFareed